Apabila Xiao Yan akhirnya tersedar, dia terasa satu lengan yang hangat dan lembut pada pinggangnya. Kepala dia juga kelihatan seperti sedang bersandar pada sesuatu. Paling penting, tubuh belakangnya sedang menekan ketat kepada dua acuan lembut…
Bangun secara perlahan-lahan, Xiao Yan terasa bibirnya menjadi dingin apabila air jernih lagi sejuk sedang dituangkan ke dalam mulutnya secara paksaan. Disebabkan oleh kemahiran tidak baik orang itu menuang air, sedikit daripadanya telah termasuk ke dalam hidung Xiao Yan.
"Kof, kof, kof…." Mata Xiao Yan tetiba terbuka sambil dia menurunkan kepalanya dan terbatuk-batuk. Menoleh Yun Zhi yang sedang memegang satu mangkuk air di belakangnya seperti dia tidak tahu apa yang ingin dibuat, Xiao yang berkata sambil dia ketawa kelat, "Awak cuba cekik saya sampai mati, kan?"
Mendengar kata-kata Xiao Yan, air muka malu muncul pada muka ayu Yun Zhi. Ini kali pertama dia menjaga seseorang. Ia sudah dikira bagus dia berbuat begini.