Melihat pemuda itu tiba-tiba bertenang, Mu She mengerut dahinya dan memegang pedang 'scimitar' dengan ketat dan menghina secara dingin, "Aku tidak percaya kau akan bertumbuh sayap hari ini dan terbang!"
Melangkah ke depan, Mu She berjalan ke arah Xiao Yan. Apabila dia sudah berdekatan, kaki dia tiba-tiba menghentak tanah dan badannya terbuang ke depan. Pedang di tangannya menetak Xiao Yan dengan kejam.
Terasa daya angin tajam berpecah di depannya, muka Xiao Yan menjadi serius. Seorang Dou Shi dan seorang Dou Zhe berada dalam dua kategori yang berbeza. Dengan kekuatan Xiao Yan sekarang, susah untuk dia bertahan 10 pusingan di bawah serangan Mu She.