Cahaya bulan dingin dan jelas tertumpah dari syurga, menutupi rimba itu dengan warna perak yang bermisteri.
"Hisss…."
Di salah satu gunung, seorang pemuda menggenggam ketat pada dahan sehingga uratnya kelihatan di seluruh lengan, dahinya berpeluh dingin sambil menggigit lengan baju dia dengan kuat.
Tubuh belakang pemuda itu diselaputi dengan cecair merah, dan seorang lelaki tua yang kelihatan lut sinar sedang menggunakan pinggan jed untuk menyapu cecair itu dengan perlahan. Setiap kali tangan dia bergerak untuk menyebarkan cecair itu, badan pemuda itu tersentak dengan kuat.
Hanya selepas orang tua itu habis menyapu cecair merah itu sehingga ia menutupi seluruh badan pemuda, dia berhenti. Menurunkan kepala untuk merenung pemuda yang sedang kesakitan sehingga mukanya kejang, lelaki tua itu ketawa riang dan mengejeknya, "Selesa, kan?"