Hutan padat itu sangat sunyi dan aman. Kadang-kala, beberapa binatang kecil akan melompat atas tanah hutan tersebut, mengejutkan burung-burung yang sedang berehat di atas pokok.
Atmosfera aman ini bertahan untuk seketika sebelum ia diganggu oleh seorang berwajah buruk yang telah menakutkan semua burung di atas pokok-pokok.
Tidak menghiraukan gangguan yang telah dilakukan olehnya, bayang-bayang yang kelihatan murung itu berlari pantas. Kadang-kala muka dia yang ketakutan itu akan memandang sepintas lalu ke belakang seperti ada seekor binatang ganas sedang mengejarnya.