Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 1222 - Situasi

Chapter 1222 - Situasi

Xiao Yan tidak berhenti meskipun mendengar tempikan marah itu dari jauh. Api perang keunguan berkepul di sekeliling badannya lalu menyebabkan dia kelihatan seperti seekor binatang liar yang sedang mengamuk. Pengawal-pengawal di dalam Dewan Roh segera mengelak apabila mereka ternampak binatang ini menyerbu keluar. Pelindung-pelindung yang telah dibunuh Xiao Yan tadi menyebabkan mereka ketakutan. Siapa berani melangkah ke hadapan dan menghentikannya sekarang?

Kelajuan Xiao Yan turut dipertingkatkan ke had maksima tanpa halangan sesiapa. Dia boleh mengesan Hantu Tua Zhai Xing sedang mengejar pantas. Jelas, lelaki tua itu sudah marah selepas diperbodohkan oleh Badan Berilusi Tiga Ribu Kilat.

'Si gampang tua ini…'

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS