"Bang!"
Badan besar Tiga Ribu Api Membara sedang membengkak dengan pantas di Alam Bintang. Banyak api hitam ungu sebesar seribu kaki memecut keluar ke semua arah dari bawah sisik-sisik naga itu. Api-api telah menduduki sebahagian angkasa kosong ini dalam sekelip mata. Tambahan pula, melihatkan daripada ini, letusan ini jauh dari penghujung.
Letusan api berskala besar ini turut menyebabkan air muka Xuan Kong Zi berubah sedikit. Dia mengesan Tiga Ribu Api Membara kelihatan sedang melepaskan semua api yang telah diserapnya bertahun-tahun lamanya pada detik ini…
"Apa yang sedang berlaku?"
Mata Xuan Kong Zi terpancar. Dia tiba-tiba berpusing ke arah kedudukan Xiao Yan dan melihat pemuda itu dan Tiga Ribu Api Membara sedang diam. Xuan Kong Zi kelihatan telah memahami sesuatu seketika kemudian. Air mukanya beransur-ansur menjadi serius sambil dia berkata dengan suara dalam, "Ini adalah pertarungan roh… budak ini memang berani."
"Bang!"