Air terjun yang menghentam batu-batu besar telah mengakibatkan wap air untuk meliputi lembah kecil itu.
Atas lantai di bawah air terjun tersebut, seorang pemuda tidak berpakaian yang memikul satu pedang hitam sedang mengelak serangan daripada batang-batang kayu dengan muka serius. Lompatan dan elakan pantas yang dilakukan olehnya tangkas seperti seekor monyet. Di bawah cahaya matahari, badannya yang tegap dan tinggi kelihatan agak relaks.
Satu bulan sudah berlalu sejak Xiao Yan sampai ke lembah ini. Semasa waktu ini, Xiao Yan menghabiskan masanya di atas tiang kayu tersebut. Hal ini telah memberinya banyak kecederaan dan lebam pada badan disebabkan oleh batang-batang kayu tersebut.
Biasanya, setiap usaha akan mempunyai ganjarannya. Xiao Yan sekarang boleh mengelak kira-kira 12 batang kayu pada masa yang sama. Ini adalah satu pencapaian yang bagus dibandingkan dengan satu bulan yang lalu apabila dia hanya boleh mengelak 5 batang kayu.