Sasaran pertama Xiao Yan ialah Banjaran Gunung Sepuluh Ribu Perubatan. Banjaran gunung ini adalah salah sebuah dari tiga tempat yang ditandai dengan bulatan merah. Walaupun dia tidak tahu sama ada bahan yang diperlukan berada di tempat itu, dia perlu membuat perjalanan ke situ tidak kira apa pun.
Saiz Alam Pil kurang dari satu pertiga saiz Wilayah Pil, mungkin disebabkan oleh keadaannya. Bagaimanapun, seseorang tidak boleh memandang rendah saiz satu pertiga ini. Dengan khazanah-khazanah semulajadi di dalam alam ini, kemungkinan besar tiada kaum di seluruh benua yang tidak berminat. Ruang ini bersamaan dengan memiliki gudang bahan perubatan berharga yang tanpa penghujung. Seseorang boleh lihat betapa kaya Menara Pil sebenarnya…
Dengan kelajuan Xio Yan, dia hanya memerlukan sehari semalam untuk meneroka Alam Pil ini. Oleh itu, Xiao Yan tiba berdekatan Banjaran Gunung Sepuluh Ribu Perubatan yang dibulatkan di atas peta.