Xiao Yan membawa kunci itu menuju ke bekas-bekas tersebut dan sekali lagi, dia menyentuh mangga logam yang hangat itu. Sambil menyengetkan kepala dan memandang sepintas lalu pada Doktor Pari-pari yang sudah habis menggali keluar semua tumbuh-tumbuhan ubatan, dia tersenyum dan berkata, "Mari ke sini cepat. Saya tak nak dituduh cuba mengambil semua benda apabila saya membuka bekas-bekas ini."
"Sekurang-kurangnya awak ni ada kesedaran juga."
Doktor Pari-pari itu menunjukkan wajah yang sombong, membawa lebih sepuluh botol di dadanya dan meletakkan semuanya di atas meja batu. Akhirnya, dia memilih enam botol dan memberikannnya kepada Xiao Yan dengan tidak rela. "Hei, ini awak punya."
Xiao Yan menerima dengan senyuman, memberi pandangan sepintas lalu dan menyimpan botol-botol itu dalam cincin simpanan. Rumput Semarak Semangat Ais sudah berada di tangannya, jadi herba ubatan lain tidak penting untuk Xiao Yan.