Semua orang di dewan melihat Cao Ying mengiringi ahli-ahli Puak Cao keluar dari dewan. Mereka saling berdepan dan mengeluh senyap. Tiada orang sangka kuda hitam akan muncul di dalam ujian lima puak agung ini. Cao Ying dari Puak Cao pun tidak boleh menindasnya…
Sesetengah orang tidak ingin berada di sini selepas ujian berakhir. Justeru itu, mereka mula berpusing ke belakang dan beredar satu demi satu. Beberapa kaum yang mempunyai hubungan dengan Puak Ye dulu juga mula menyapa Ye Zhong pada detik ini. Walaupun Puak Ye telah merosot, mereka masih mampu menyimpan kedudukan mereka di dalam lima puak agung. Di masa depan, mereka juga akan memperolehi sebuah Kerusi Tokoh. Kedudukan mereka mungkin tidak boleh diperbandingkan kepada Puak Cao tetapi Puak Ye masih tidak boleh diperbandingkan dengan kaum-kaum biasa.