Dewan besar menjadi lebih senyap disebabkan oleh permintaan Cao Ying secara tiba-tiba. Banyak renungan beralih di antara Cao Ying dan Xiao Yan. Melihatkan daripada situasi ini, nampaknya ahli sihir dari Puak Cao itu telah menjadi tidak senang duduk disebabkan Xiao Yan telah memecahkan dua rekod yang ditetapkan oleh Cao Ying.
Semua orang yang mempunyai pendapat jahat terhadap Puak Ye mula bermegah apabila mereka ternampak apa yang ingin dilakukan Cao Ying. Kini perkara sudah berkembang ke tahap ini, mereka sudah memahami Puak Ye akan mengekalkan kedudukan di antara lima puak agung disebabkan oleh bantuan Xiao Yan. Meskipun jika Cao Ying campur tangan, Xiao Yan pasti boleh mendapatkan kedudukan kedua meskipun dia tidak boleh mendapat tempat pertama. Justeru itu, situasi keseluruhan sudah ditentukan.