Di atas tebing curam, dua bayang-bayang muncul di bawah kilauan bulan yang.
"Boleh kita mula?"
Xiao Yan mengambil satu langkah ke depan untuk melihat ruang gelap di sebalik tebing sebelum dia berpusing, tersenyum dan bertanya pada Doktor Pari-pari yang sedang memakai pakaian ketat berwarna hitam.
Mengangguk kepalanya sedikit, Doktor Pari-pari mencangkung untuk memilih beberapa kepingan ranting kering sebelum dia mengikatnya bersama, membentuk dua obor. Dia menaburkan sedikit serbuk berwarna kuning cair pada obor itu dan kemudian mencari sumber api untuk menyalakan Kedua-duanya.
"Ambil ini." Memberi satu obor pada Xiao Yan, Doktor Pari-pari sekali lagi mengeluarkan satu tali panjang dan melambaikannya pada Xiao Yan. Dia tersenyum sambil berkata, "Sebagai lelaki, awak tidak akan membiarkan seorang perempuan lemah seperti saya berada di barisan hadapan, bukan?"