Chapter 112 - Gua

Memandang muka cantik yang tiba-tiba muncul dari bawah tebing, Xiao Yan terperanjat. Walau bagaimanapun, dia mampu memulihkan diri dengan segera dan menyedari wanita itu ialah Doktor Pari-pari dari pasukan pengumpul herba ubatan.

Di tebing itu, dua renungan itu mula berpandangan di antara satu sama lain, menyebabkan satu keadaan yang pelik.

"Boleh….boleh tarik saya ke atas?"

Selepas saling berpandangan untuk seketika, Doktor Pari-pari itu memecahkan suasana yang kekok itu dengan suaranya yang lembut.

Xiao Yan mengelipkan mata dan mengangguk seperti tiada apa-apa yang terjadi. Dia menarik tangan kecil yang dihulurkan oleh Doktor Pari-pari. Dengan menggunakan sedikit kekuatan, Xiao Yan menariknya dari bawah tebing. Badan Doktor Pari-pari yang halus, melengkung dengan cantik sewaktu dia melompat sedikit ke hujung tebing.

"Terima kasih."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS