Suhu tinggi daripada matahari terik menyebabkan permukaan tanah menjadi retak. Apabila tapak kaki memijak pada tanah yang keras itu, satu gelombang haba tiba-tiba akan meluru ke dalam tapak kaki, menyebabkan pengembara berpeluh, sambil menyumpah cuaca yang teruk itu.
Di sebuah jalan berwarna kuning yang lebar, seorang pemuda berpakaian biasa sedang berpeluh dengan kuat, sambil dia berusaha dengan susah-payah untuk berjalan. Setiap langkah pemuda itu mendarat dengan berat pada tanah, seolah-olah bukan bukannya kaki yang melangkah, tetapi pemberat seberat bertan-tan. Debu kuning berterbangan ke udara.