Wajah Cheng Yao menjadi agak hodoh apabila dia terdengar kata-kata Tokoh Chi Huo. Bagaimanapun, disebabkan status pihak tersebut, dia hanya boleh menggenggam penumbuknya tidak kira betapa tidak puas dia rasa. Dia memberi sekilas pandangan ganas ke arah Liu Qing. Matanya penuh keberangan.
Walaupun Cheng Yao tahu situasi sudah diterbalikkan kerana kemunculan Xiao Yan, dia betul-betul mempunyai kesukaran membentuk kebencian terhadap seorang ahli alkimia peringkat ketujuh. Ini adalah kerana dia jelas memahami kebolehan seorang ahli alkimia peringkat itu…
Berbanding air muka hodoh Cheng Yao, muka Liu Qing penuh keriangan. Dia memberi salam tumbuk hormat kepada Tokoh Chi Huo sambil tersenyum dan berkata, "Terima kasih banyak-banyak, Tokoh Chi Huo."