Chereads / Renjer Malam / Chapter 95 - Mencari Harta Karun

Chapter 95 - Mencari Harta Karun

Ketika fajar mula tiba, Marvin kelihatan berlari menerusi Hutan Thousand Leaves tanpa lelah.

Dia berlari tanpa henti bersama pas di tangan. Walaupun dia terserempak dengan Pengawal Elven Iron, mereka akan membiarkan dia melalui kawasan itu.

Dia dapat rasakan kuasa yang mengalir di tubuh badan selepas menerima rahmat dari Raja Malam.

Atribut dirinya sekali lagi telah meningkat dan dia juga menerima nilai atribut kerana telah mencapai level 6. Marvin terus mengagihkan kepada ketangkasan. Ini merupakan jalan yang dipilih olehnya. Dia tidak pernah berfikir dua kali untuk mengagihkan nilai atribut yang diterima kepada status lain sehingga mencapai 25 nilai ketangkasan.

Walaupun Hutan Thousand Leaves sangat luas tetapi terdapat beberapa kawasan yang Marvin masih ingat.

Muka surat Buku Nalu itu boleh dikatakan antara artifak paling mudah untuk dicari di dalam Feinan walaupun sudah rosak kerana tidak bahaya.

"Jika aku tidak silap, ia berada di utara kampung elven yang kecil dan terdapat juga air terjun di situ."

"Kolam air terjun di bawah air terjun itu sangat sejuk. Hanya mereka yang ada cold resistance +5 atau tinggi boleh terjun masuk."

"Buku Nalu terdapat di dalam kolam itu."

Marvin menghala ke kawasan tersebut sambil cuba ingat di mana lokasi tepat Buku Nalu itu berada.

Hutan Thousand Leaves memang terlalu luas, dan kampung elven itu hanya ada beberapa tanda yang dia dapat kenal pasti. Tanpa informasi yang cukup, agak mustahil untuk mencari Buku Nalu tersebut.

Patutlah tiada siapa lagi yang jumpa sepanjang masa ini.

Matahari mula terbit tetapi Marvin masih bersemangat.

Tetapi perasaan seperti ikan berenang di lautan pada waktu malam mula hilang.

Perantau Malam memang lebih kuat pada waktu malam. Kemahiran seperti Summon Night Crow akan berada dalam keadaan terkunci.

Tetapi Eternal Night masih boleh digunakan tiga kali sehari.

"Rasanya sudah tidak jauh, masa untuk berehat."

Marvin berhenti dan duduk di bawah pokok. Dia mengeluarkan bekal makanan dan air dari konc kosong untuk mengembalikan tenaga.

Dia juga mengambil peluang ini untuk mengeluarkan senjata magik.

Kemarahan Membara.

Ini merupakan kerambit yang ditempah sendiri oleh Sean. Ia ditempah menggunakan pelbagai jenis logam luar biasa dan juga bahan-bahan yang sangat bernilai. Ia memang layak dipanggil sebagai salah satu senjata magik disebabkan atribut senjata itu.

Terdapat dua sihir hebat disertakan sekali oleh kerambit ini!

Arcane Missile merupakan magik pantas biasa yang digunakan untuk menyeru beberapa arcane missiles untuk menyerang musuh, bergantung kepada level Kecerdasan pengguna.

Dengan nilai kecerdasan Marvin ada ketika ini, dia hanya mampu menyeru 3 – 5 arcane missiles tetapi ini sudah cukup untuk memberikan tekanan kepada musuh.

Magik ini boleh digunakan tiga kali sehari.

[Blazing Fury] merupakan sihir yang lebih ganas. Ini kerana ia merupakan Lingkaran Sihir ke-2!

Dan merupakan sihir AoE!

Kuasa serangan merupakan beberapa kali lebih kuat dari Hand of the Fire God. Marvin sangat berpuas hati walaupun hanya boleh digunakan sekali sehari sahaja.

Apa yang membuatkan dia lebih gembira ialah kerambit ini ditempah khas untuknya!

Tetapi, senjata magik ini tidak boleh digunakan Marvin ketika ini kerana atributnya tidak mencukupi. Kekuatannya sedikit kurang!

Ini kerana keperluan kekuatan untuk senjata ini ialah 15!

Tetapi Sean telah menggunakan dengan banyak [Batu Awan] yang merupakan sejenis logam mahal yang sangat luar biasa. Ia memaksa untuk merendahkan keperluan kekuatan kepada 12, supaya Marvin boleh menggunakan senjata itu.

Sikap penyayang penukang besi tua itu dapat dilihat.

Pada waktu ini baru Marvin faham senjata yang sesuai untuk dirinya harus ditempa sendiri.

Orang yang paling tahu kehendak anda ialah diri sendiri.

Sebelum ini dia pernah berfikir untuk tidak lagi menggunakan kelas tukang besi selepas meninggalkan Syurga Malam Abadi.

Tetapi selepas dia sedar Sean telah memikirkan semua sudut ketika menempa senjata ini menyebabkan Marvin mula mengubah fikiran.

Mungkin kelas tukang besi ini bukan sebosan yang difikirkan oleh dirinya.

Perkara yang membuatkan Marvin agak murung kerana kerambit di tangan kanan dan kiri perlu sama dari segi berat dan saiz untuk menggunakan Two-Weapon Fighting.

Walaupun mereka ada Two-Weapon Fighting, kebanyakan tangan kanan orang lebih kuat dari tangan kiri. Jika kedua-dua senjata itu terlalu berbeza, ia akan menyebabkan serangan tidak teratur.

Sudah tentu dengan menukar rentak akan menyebabkan musuh keliru. Tetapi perkara utama ialah bagaimana menggunakan senjata itu.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk menggantungkan Kemarahan Membara di pinggang seperti Pisau Belati Jed Kingfisher.

Dia tetap menggunakan Taring buat masa ini dan menukar pisau belati semasa berlawan bukan perkara yang sukar untuk dirinya.

Selepas membiasakan diri dengan senjata itu, Marvin meneruskan kembali perjalanan. Akhirnya dia menjumpai perkampungan elven itu.

Kampung ini terletak di kawasan barat Hutan Thousand Leaves.

Hanya terdapat kira-kira 200 orang penduduk sahaja yang semuanya berdarah elves pokok tulen.

Kampung ini terdapat pasukan pengawal tetapi mereka tidak berapa kuat. Mereka yang paling kuat telah diwajibkan untuk menyertai Pengawal Elven Iron.

Cara paksaan seperti ini menyebabkan sesetengah elves berdendam dan tidak suka walaupun tujuan utama ialah untuk mempertahankan Hutan Thousand Leaves.

Jika tidak kerana kekuatan dan karisma oleh Raja Elven Agung, situasi ini pasti akan sampai ke satu tahap tidak boleh berpatah balik dan akan menyebabkan Hutan Thousand Leaves mengalami huru-hara.

Ketika Marvin masuk kawasan kampung, dia hanya perasan beberapa belas pemuda sahaja. Kebanyakan penduduk yang lain ialah warga emas dan kanak-kanak.

Ini merupakan perkampungan elven yang biasa.

Mereka hidup mengasingkan diri, dengan tenang dan harmoni. Di luar perkampungan itu terdapat tanaman jagung dan pisang yang luas. Makanan ini cukup untuk mereka gunakan buat masa yang lama.

Mungkin disebabkan mereka jarang berjumpa manusia, banyak kanak-kanak elven yang mengepung Marvin tanpa rasa takut. Mereka menggunakan bahasa biasa yang agak tunggang langgang untuk bertanyakan Marvin beberapa perkara.

Marvin sangat suka dengan mereka. Oleh itu dia mengeluarkan snek dan membahagikan kepada mereka. Snek ini merupakan makanan yang dibawa oleh Marvin dari kawasan manusia, oleh itu snek ini tidak boleh dibeli di Hutan Thousand Leaves.

Kanak-kanak tersebut mengambil barang yang mereka minat dan mengepung Marvin dengan lebih dekat menyebabkan sukar untuk dia melepaskan diri.

Waktu elves ketika kanak-kanak adalah sangat ceria dan penuh dengan semangat ingin tahu tentang dunia. Semakin mereka besar, semangat ingin tahu juga akan berkurang menyebabkan kebanyakan elves pokok dewasa mempunyai sikap kera sumbang.

Pemuda elves pula mengambil sikap berhati-hati tetapi selepas Marvin menunjukkan pas, mereka terus rasa lega.

Tidak ramai orang yang boleh mendapatkan pas dan mereka yang ada semuanya sekutu elves pokok yang tidak akan mencederakan mereka.

Marvin terus disambut dengan mesra, tambahan lagi selepas dia mengeluarkan beberapa barang perhiasan biasa dari Bandar River Shore yang terletak di dalam Konc Kosongnya. Harga mereka sebenarnya sangat murah tetapi bagi elves yang mengasingkan diri ini terutama sekali kanak-kanak, ia merupakan barang yang sangat berharga.

Marvin tinggal di perkampungan itu buat seketika sementara bertanyakan soalan mengenai air terjun di utara kepada ketua kampung tersebut.

Seperti yang dijangka, ketua kampung tersebut menunjukkan lokasi tepat di mana air terjun itu berada.

Dia tetap memberi amaran kepada Marvin, "Orang muda, walaupun air terjun tersebut sangat cantik tetapi air di bahagian bawah sekali sangat sejuk seperti ais. Jangan sesekali masuk ke kolam itu."

Marvin mengangguk. Selepas mengucapkan terima kasih kepada ketua kampung itu, dia berhempas pulas untuk keluar dari kampung tersebut kerana kanak-kanak elven menghalangnya dan terus menuju ke utara seorang diri.

Setengah jam kemudian, akhirnya dia jumpa air terjun tersebut. Tidak lama kemudian, dia dapat melihat udara sejuk dari kolam air terjun itu.

Tidak kelihatan satu rumput yang tumbuh di sekitar kolam air terjun itu. Ini mungkin disebabkan kerana terlalu sejuk.

Marvin terus menghampiri air tersebut, dan seperti yang dijangka, udara sejuk keluar dari situ.

"Nasib baik aku telah membuat persiapan."

Dia terus perhatikan keadaan sekeliling dan tidak jumpa ada sesiapa. Kemudian dia dengan perlahan-lahan keluarkan ubat berwarna biru dan terus meminumnya!

[Ubat Rintangan Sejuk Jangka masa Pendek]!

Ia dapat memberikan +8 untuk status cold resistance buat jangka masa pendek. Efek ubat ini sangat menakjubkan tetapi jangka masanya sangat singkat, hanya 3 minit saja!

Ini sesuatu yang Marvin minta Hathaway sediakan. Hathaway anggarkan ia berbaloi bagi seorang peramal dan membayar dahulu ubat ini bagi pihak Marvin.

Sebenarnya ubat ini memang sangat bernilai. Walaupun ia tidak bernilai seperti Kekuatan Naga, tetapi ia masih dijual dengan harga yang sangat tinggi di pasaran.

Selepas Marvin habis minum ubat itu, dia tidak menangguh lagi dan terus terjun ke dalam kolam air terjun itu!

Kemahiran berenang dia agak bagus. Walaupun kolam air terjun itu sangat dalam tetapi dia dapat mengagak lokasi sebenar ia berada. Selepas dua kali gagal, akhirnya dia berjaya menjumpai peti yang tersekat di dalam lumpur.

"Crash!"

Marvin terus keluar dari kolam itu dengan memeluk peti kecil sambil menggigil kerana kesejukan.

Kenaikan dari rintangan kesejukan bukan bermaksud dia tidak rasa sejuk. Dia cuma tidak akan menjadi beku.

Nasib baik terdapat satu gua kecil tidak jauh dari situ. Marvin terus masuk, menanggalkan pakaian dan menyalakan api.

Selepas rasa lebih hangat, dia terus membuka peti itu. Kunci di peti itu telah usang kerana dimamah usia yang lama. Dengan menarik saja sudah cukup untuk membuka kunci tersebut.

Satu halaman muka surat terdapat di dalam bersama kulit muka manusia!

Related Books

Popular novel hashtag