Chereads / Renjer Malam / Chapter 93 - Naik Pangkat! Perantau Malam

Chapter 93 - Naik Pangkat! Perantau Malam

Di kawasan pedalaman Hutan Thousand Leaves, di atas bukit dalam kawasan lembah yang dipenuhi pokok oak dan pokok locust.

Di bawah bukit itu penuh dengan rumput. Tiga orang berdiri di depan bukit sambil melihat nisan kecil di rumput tersebut.

Tiada tulisan di atas nisan itu dan tiada siapa tahu ini makam Raja Malam yang memberi rahmat selama ini sejak dari era kuno lagi.

"Terdapat bilik di bawah nisan ini."

"Ini markas utama bagi Perantau Malam. Hanya pada waktu paling kritikal saja kami akan gunakan bilik ini."

"Kita ada hubungan yang sangat rapat dengan Elves dari Hutan Thousand Leaves terutama sekali dengan Raja Elves Agung Nicholas. Dia salah seorang pemuja Raja Malam dan telah membantu untuk sekian lama organisasi Perantau Malam."

Sean yang berdiri di sebelah Marvin itu memberikan dua jubin kayu.

Ini pas masuk Hutan Thousand Leaves. Hanya sekutu elves saja boleh ada. Jika ada pas ini seseorang itu boleh berjalan masuk tanpa risau dalam Hutan Thousand Leaves. Pengawal Elven Iron juga tidak akan mencari masalah malah akan membantu dengan penuh semangat.

Organisasi Perantau Malam telah menjadi sahabat dengan elves pokok sepanjang masa ini. Marvin memang tidak sangka perkara seperti ini boleh terjadi.

Dia merasakan sesuatu sebelum ini tetapi tidak sangka Sean sebenarnya saja mengujinya sekali lagi.

Dia mendengus, terus mengambil jubin itu dan memberikan satu kepada Kate.

Ini merupakan salah satu ganti rugi yang dijanjikan oleh Sean kepadanya.

Gadis itu melihat makam tersebut dan terus bertanya, "Adakah Raja Malam seorang dewa?"

Sean menggeleng kepala dengan muka yang serius. "Tidak langsung."

"Raja Malam merupakan satu makhluk yang lebih hebat dari dewa. Dia tidak perlukan kepercayaan kita. Dia telah memberi rahmat kepada hidupan yang dalam ketakutan dan kematian sejak dari Malam Abadi lagi."

"Dia tiada hajat dan permintaan."

Kate mengangguk tidak berkata apa-apa. Rasa hormat terpancar di matanya ketika melihat batu nisan itu.

Sebelum Bencana Besar, kehidupan Penyihir memang sangat sukar. Kate telah rasa ini sejak dari kecil lagi.

Mereka dihalau oleh ahli sihir. Dari tanah yang subur, mereka pergi ke sempadan tanah yang gersang. Ahli sihir yang fanatik lebih kejam kerana mereka akan terus menghapuskan penyihir. Mereka anggap kuasa penyihir datang dari syaitan. Ini merupakan cara orang yang jahil berfikir.

Dan dewa tidak akan merahmati penyihir juga. Mereka ini sekumpulan orang yang dipulaukan.

Sebab itu penyihir tidak memandang tinggi terhadap dewa.

Tetapi Raja Malam sangat berbeza dengan dewa yang angkuh itu. Dia akan merahmati semua kehidupan termasuk juga penyihir yang dipulaukan itu.

Sebab itu dia sangat hormat kepada Raja Malam yang telah pergi ini.

"Mari mulakan," Sean mendesak.

"Kita perlu habiskan pembaptisan ini sebelum fajar."

Marvin mengangguk rasa penuh teruja.

Di bawah tunjuk ajar Sean, dia terus bergerak ke depan nisan Raja Malam dan melutut.

Dengan wajah yang serius, dia membersihkan habuk dari nisan itu dengan tangan kanan.

Sean tiba di belakangnya dan terus melutut sambil mula mengatakan sesuatu.

Dia menggunakan bahasa Anzed.

Ini merupakan salah satu bahasa paling kuno di dalam dunia ini!

Marvin hanya dapat memahami sedikit saja apa yang dia katakan. Dia sedang memanggil roh Raja Malam.

Orang Anzed percaya selepas orang yang hebat mati, roh mereka bukan masuk ke neraka atau syurga sebaliknya meronda-ronda di dunia manusia.

Di bawah panggilan waris mereka atau sesiapa yang mewarisi niat mereka, roh Sage itu akan muncul.

Ayat yang Sean kata mula makin sukar difahami, tetapi seperti ada kuasa yang memaksa datang dari ruang dan masa!

Dia hanya mendengar Sean berkata:

"Raja Malam Abadi dari ruang dan masa yang tanpa henti, tolong datang semula untuk kau memenuhi janji ini."

"Kau telah berikan aku mahkota malam dan mereka yang mengetuai Perantau Malam tidak lagi ragu."

"Kau berikan aku mata malam untuk melihat segala misteri Takdir."

"Kau telah merahmati aku dengan kuasa untuk tetap mewariskan totem burung hitam."

"Aku sudah tua dan lemah sekarang, masa untuk beri kepada orang yang lebih muda."

Dia berhenti di situ dan memberikan renungan bermakna kepada Marvin sebagai isyarat untuk Marvin teruskan dari sini.

"Raja Malam Abadi dari ruang dan masa yang tanpa henti, tolong datang semula untuk kau memenuhi janji ini."

"Berikan rahmat kepada aku yang muda ini mahkota malam, night vision dan kekuatan."

"Ketika Malam Abadi tiba, tetap akan ada api yang membara di Feinan."

Bahagian ini dalam bahasa Anzed sangat sukar untuk diucapkan tetapi dengan bantuan Sean, Marvin berjaya membaca dengan lancar dan kuat!

Nampaknya terdapat sepasang mata datang dari kegelapan.

Marvin dapat rasakan renungan pelik yang memerhatikan dirinya.

Di batu nisan yang kosong itu, api hijau mula terbakar. Dari jauh ia seperti cahaya unik yang memancar di laut malam.

Api hijau ini mula merebak dari tangan kanan ke seluruh badan Marvin.

Dapat dilihat kegembiraan dari mata Sean!

Semangat Raja Malam telah turun!

Marvin telah diterima oleh Raja Malam dan pembaptisan akan bermula secara rasmi.

Api hijau ini merupakan semangat dari Raja Malam di dunia selepas dia mati.

Marvin akan mengalami transformasi!

Pada waktu ini, Marvin mula rasa suam di sekitar badan.

Api hijau ini tidak mencederakan dia tetapi membuatkan dirinya rasa lebih selesa.

Tingkap log terus muncul ketika ini:

[Agihkan 10000 experience (pertempuran/am) untuk naik pangkat kepada kelas ke-2 – Perantau Malam]

Marvin terus membuat keputusan untuk meneruskan!

Kenapa dia bersusah payah? Bukankah untuk menjadi Perantau Malam yang hebat ini?

Tetapi dia tidak sangka experience yang diperlukan sebanyak ini!

Kos diperlukan untuk tingkatkan level kelas renjer kepada level 6 ialah 4800 exp!

Tetapi ketika ini untuk menjadi Perantau Malam level 1 perlukan sebanyak 10000 exp!

Nasib baik Marvin telah simpan experience yang cukup untuk masa ini!

Marvin ada 7000 exp am dan 5553 exp pertempuran. Ini cukup untuk diagihkan kepada jumlah experience yang diperlukan.

Exp pertempuran dan exp am adalah sama, kedua-dua merupakan exp gred tinggi. Oleh itu tiada yang lebih bagus berbanding yang lain. Oleh itu Marvin membuat keputusan untuk menggunakan 7000 exp am dulu dan gunakan 3000 exp pertempuran selepas itu.

Tidak lama selepas itu, api hijau mula meresap ke dalam badan Marvin.

Marvin mula rasa kekuatan yang hebat meletus di dalam badan.

Ayat dari log tidak berhenti-henti keluar satu demi satu!

[Anda telah menerima pembaptisan oleh Raja Malam (Roh tinggal dari Sage)]

[Pembaptisan tamat, anda telah memperoleh kelas baru – Perantau Malam]

[Anda kini berada di Level 1 Perantau Malam]

[Anda telah menerima keistimewaan kelas – Nocturnal]

[Tubuh anda telah mengalami transformasi selepas kenaikan pangkat, Ketangkasan +1, Persepsi +1, HP +50]

[Anda telah menerima 60 Nilai Kemahiran Kelas untuk (Perantau Malam)]

[Senarai kelas kemahiran anda telah dikemaskini…]

[Anda telah menerima rahmat dari Raja Malam (bonus)…]

Banyak ayat yang muncul tanpa henti keluar di tingkap log sehingga Marvin tidak dapat melihat habis kesemuanya.

Api hijau itu mula menghilang. Marvin menarik nafas dengan dalam dan rasakan seperti renungan mata itu semakin hilang.

"Akhirnya berjaya naik pangkat!"

[Nocturnal Kill], keistimewaan rahsia tidak muncul lagi. Marvin tahu ia akan muncul selepas cukup membunuh orang pada waktu malam.

Dan keistimewaan kelas [Nocturnal] merupakan tanda dagang Perantau Malam.

[Nocturnal]: Semua atribut +10% pada waktu malam, tiada perbezaan pada waktu siang.

"Eh?"

"Tiada perbezaan pada waktu siang? Bukankah ada penalti sebanyak 20% di dalam permainan video?"

Marvin perasan keistimewaan Perantau Malam sedikit berbeza dari apa yang dia ingat.

Sekurang-kurangnya Perantau Malam di dunia sebenar lebih kuat dari permainan video.

Tiada penalti waktu siang, bonus waktu malam, ini merupakan satu perkara yang mengagumkan!

Semua atribut +10% ialah bonus yang sangat luar biasa. Ia seperti minum sebotol ubat yang sangat bagus. Tambahan lagi masih ada [Nocturnal Kill], yang merupakan keistimewaan lebih kuat.

Kuasa bertempur Marvin pada waktu malam telah menjadi sangat hebat!

Dan senarai kemahiran juga telah dikemaskini ketika ini.

Selain kemahiran renjer, dia juga ada banyak kemahiran Perantau Malam.

Dia baru level 1 ketika ini dan diberikan 5 atau 6 kemahiran. Setiap dari kemahiran tersebut sangat hebat.

Marvin rasa ragu seketika dan akhirnya mengagihkan 50 dari 60 SP kepada satu kemahiran!

[Eternal Night (50)]: Anda boleh mencipta malam palsu untuk masa yang singkat pada waktu siang.

Ini merupakan kemahiran PK yang hebat!

Lebih hebat dari kemahiran Pelawan [Cloak of Darkness].

Cloak of Darkness mencipta kabus hitam untuk masa yang singkat untuk menyekat pandangan mata musuh. Eternal Night pula memang mencipta kegelapan malam.

Jumlah nilai kemahiran akan menentukan jarak dan masa.

50 SP sudah cukup untuk mencipta malam dalam lingkungan 10 meter untuk 10 saat.

Ini sudah cukup untuk Marvin menggunakan kombo yang kuat.

Baki 10 nilai itu digunakan kepada kemahiran yang praktikal juga iaitu [Summon Night Crow].

Kemahiran untuk menyeru Gagak Malam pada waktu malam boleh digunakan sebagai proses pengintipan. Masa asas kemahiran ini selama 3 minit dan setiap satu nilai kemahiran akan meningkatkan masa selama 1 minit.

Ini bermaksud Marvin mampu menyeru Gagak Malam yang boleh bertahan selama 13 minit.

Ketika Marvin rasa gembira dan teruja kerana kenaikan pangkat, gadis di sebelahnya terus menjerit kerana terkejut.

Satu api yang kecil mula mengelilingi badannya.