Petang keesokannya, Marvin tersedar kerana lapar.
Dia pun lantas bangkit dan melihat gadis separuh-elf itu masih tidur lena sebelah satu lagi sudut katil. Postur tidurnya amat anggun, bulu matanya menggeletar sedikit, tenang dan cantik.
Dia pun dengan cepat membersihkan diri tanpa mengganggu Anna dan berlalu keluar dari pintu. Dia mempunyai banyak perkara yang perlu diuruskan sendiri.
Marvin pun beredar dari Rumah Penginapan Black Horn Eagle dan pergi ke arah kawasan pasar untuk mencari tukang besi yang dia pergi dahulu. Dia telah membeli dua kerambit biasa yang serupa sebelum beredar dari situ.
Walaupun dia telah biasa menggunakan pisau belati yang dia miliki, tetapi ianya tidak dapat menunjukkan kehebatan menggunakan senjata untuk kedua-dua tangan. Untuk pisau belati yang ketiga, ia disimpan sebagai simpanan.
Pelawan yang berpengalaman akan menyimpan senjata simpanan supaya dapat menghadapi pelbagai situasi.
Dia pun pergi ke arah kawasan setinggan di arah timur laut, dimana terdapat ramai pengemis rela membuat apa sahaja untuk beberapa keping duit bersama juga informasi. Marvin perlukan bantuan mereka untuk operasi ini.
Dia pun pulang dari setinggan dengan dompet yang kurang 30 keping perak dari asal.
Dia pun membeli sedikit makanan dan juga keperluan asas dari kedai runcit sebelum pulang secara senyap ke rumah penginapan.
Apabila Marvin masuk ke dalam bilik, Anna nampaknya telah terjaga dari tidur. Dia pun menggosok matanya yang masih mengantuk dan terkejut melihat Marvin membawa banyak barang di tangannya."Tuan Muda Marvin, adakah kita akan menyerang kumpulan Acheron?"
"Tambah lagi hanya ada kita berdua sahaja."
Anna tidak gentar untuk dirinya sebaliknya dia risau akan berlaku apa-apa ke atas Marvin.
Marvin pun menyerahkan sekeping roti mentega yang baru dibakar dan berbisik, "Bukan kita berdua sahaja. Bandar ini adalah lebih jahat dari yang kita bayangkan. Barangkali tindakan kita untuk meminta bantuan adalah silap. Tiada siapa yang ingin membantu. Untuk mendapatkan wilayah kita balik, kita perlu bergantung kepada diri sendiri. Mari, makan dahulu. Selepas selesai makan aku perlukan kau pergi ke kawasan luar Bandar.
Anna terkejut mendengarnya yang sedang meminum air dan membalas, "Pergi ke luar Bandar?"
"Kampung Green dan Kampung Fog. Andre dan mereka yang lain pastinya tidak dapat mengawal diri." Marvin berkata secara bersahaja sambil melihat orang lalu lalang di jalanan
"Bagaimana kau tahu…? Anna berasa lebih terkejut.
"Aku sudah lama perhati. Hari itu, aku nampak Andre menyusup masuk ke Bandar untuk mencari kau. Ideanya ialah menggunakan kekuatannya sendiri untuk merampas kembali wilayah itu.
Marvin pun menggeleng kepala sambil berkata, "Sayangnya yang kau masih memikirkan bahawa Majlis Perbandaran akan membantu pada masa itu dan sebab itu kau cuba menenteramkan dia, betul tak?
Mata Anna bersinar dengan cahaya yang berlainan. "Tuan Muda Marvin, aku mungkin faham apa yang kau ingin lakukan. Jika pengawal semua boleh datang, Kumpulan Acheron akan menjadi lawan yang muda. Cuma…Bandar River Shore tidak akan membenarkan mereka masuk bersama senjata."
"Biarkan mereka semua menyamar dan menyusup masuk ke Bandar River Shore. Berkenaan senjata pula, aku akan fikirkan bagaimana untuk buat." Marvin dengan bersahaja mengambil sekeping roti dan memakannya. "Aku berikan kau masa selama sepuluh hari."
"Sepuluh hari kemudian, aku mahukan kesemua 20 orang pengawal Lembah White River berdiri di depan aku."
Anna pun teruja.
Marvin telah menunjukkan keberanian yang luar biasa. Ianya amat menakjubkan! Dia dengan berani untuk mengumpul pengawal persendirian di dalam Bandar River Shore, walaupun dia seorang Bangsawan, tetapi ini adalah satu provokasi ke atas Majlis Perbandaran Bandar River Shore! Tetapi Tuan Muda Marvin yang inilah memberikan sinar harapan kepada Anna.
Hanya dengan cara ini sahaja dapat menebus maruah ke atas penghinaan yang dilakukan oleh Bandar River Shore.
Tuan Muda Marvin merupakan Bangsawan, tetapi di Bandar River Shore ini Majlis Perbandaran telah menipu mereka, pekerja kasino telah menipu mereka, dan peniaga juga telah mengupah samseng secara senyap-senyap untuk menghapuskan mereka!
Penghinaan ini telah lama dipendam dalam hati Anna. Dia mengawal api kemarahan dari meletus adalah disebabkan Tuan Muda Marvin.
Marvin kini adalah orang yang berbeza. Dia telah mengalami perubahan yang menakjubkan. Anna pun tidak dapat menduga orang muda di depannya ini yang telah dia ikuti sejak kecil yang belajar untuk mentadbir wilayahnya.
"Tetapi bila aku beredar…" Anna pun melihat ke arah Marvin sambil berasa teragak-agak.
Dia risaukan akan keselamatan Marvin.
"Aku akan menyorok di rumah penginapan ini. Kau patut percaya dengan keupayaan aku sekarang. Tiada siapa akan berjaya mengintip aku."
Marvin menunjukkan senyuman yang yakin. "Pergi! Aku nantikan berita yang gembira dari kau."
…
Pada waktu petang itu, dengan menyamar seperti perempuan luar Bandar, Anna pun meninggalkan Bandar River Shore seorang diri menghala ke selatan.
Dengan misi yang diberi oleh Tuan Muda Marvin, dia pun bergerak lebih laju dari biasa.
Marvin pun melihat Anna beredar dan tersenyum sedikit.
Senyuman ini penuh dengan niat membunuh.
Menghantar Anna pergi mempunyai dua matlamat. Pertama dia perlukan tenaga pengawal tersebut, dan juga dia perlu membunuh pada malam ini. Dia akan sukar untuk menggunakan kekuatan sebenar jika pembantu separuh-elf itu berada di sisinya. Sebagai contoh, ketika menghadapi perompak kubur tersebut, Anna hampir menyebabkan rancangannya gagal.
Kadangkala, membunuh adalah perkara yang paling mudah. Tambah pula jika Pemerintah Malam yang lakukannya.
Marvin bukan hendak berbangga diri. Dia tahu sekarang masanya untuk dia melakukannya sendiri, dan bila dia perlu untuk menggunakan pengawalnya secara optimum. Sebab dia menghantar Anna ke luar Bandar adalah untuk menyuruh pengawalnya menjaga keselamatan penduduknya.
Selepas Lembah White River ditakluk, ramai rakyatnya menjadi pelarian dan mencari perlindungan di gunung, Kampung Green, Kampung Fog dan juga Tasik Disk Water. Kesemua itu adalah dalam kawasan wilayah Marvin. Jika mereka berada di gunung, ianya mudah untuk mereka dari dikejar Gnoll. Disebabkan undang-undang Bandar River Shore, Marvin hanya boleh masuk bersama pembantunya untuk meminta bantuan. Pengawalnya semua terpaksa tunggu di luar di kawasan luar Bandar.
Mereka yang berdarah muda itu tidak mampu untuk terus menunggu dan tidak sabar untuk membunuh dan merampas balik dan hanya menunggu arahan dari Marvin sahaja.
Mereka ini kesemuanya setia, muda dan kuat.
Tetapi, ini tidak cukup.
Marvin tahu yang terdapat banyak pihak yang terlibat dalam serangan gnoll ini. 20 orang pengawal ini tidak cukup untuk mengalahkan askar gnoll yang terlatih. Dia perlu mencari pihak yang lebih kuat.
Dan sebelum itu dia perlu tahu dalang di sebalik orang yang ingin membunuhnya.
Ianya mungkin Pakcik Miller yang kedekut ataupun orang lain.
Semua ini akan diketahui pada malam ini.
…
Waktu malam sebelum perintah berkurung bermula di Bandar River Shore adalah waktu kesemua orang jahat paling bergerak aktif.
Kesemua akauntan kumpulan samseng utama akan mengira keuntungan pada hari itu dan beberapa pencuri mentah akan dipukul oleh orang yang mengetuai mereka kerana tidak melengkapkan kuota harian mereka.
Mereka akan belajar selepas itu dari kesakitan yang dialami untuk meningkatkan kecekapan tangan mereka. Pada masa itu barulah mereka dapat mengelak dari kesakitan fizikal tetapi bahagian mereka hanya cukup-cukup untuk menyara keluarga.
Inilah adalah undang-undang di kawasan gelap ini untuk meneruskan hidup.
Pelacur yang bersiap-siap dengan cantik akan berdiri di kawasan lorong berdekatan jalan besar dengan bedak yang tebal di muka mereka. Kadangkala bedak yang tebal berkualiti rendah bukanlah untuk nampak lebih cantik tetapi menutup jerawat teruk di muka. Tetapi dua perkara yang menakutkan dalam kerja ini yang lebih dahsyat adalah mengandung dan juga jatuh sakit. Kedua-dua ini akan menyebabkan mereka diberhentikan.
…
Di belakang Pyroxene Pub di ruang bawah tanah.
Cahaya dari lilin menerangi badan perempuan yang menari. Dua lelaki secara duduk bersama di atas sofa berkulit harimau dan secara berahsia merancang plot sambil tergelak jahat.
"Tuan Muda Farmar, aku mencari wanita ini khas mengikut citarasa kau hari ini. Sekarang nikmatilah sepuasnya."
Salah seorang dari mereka menunjuk ke arah salah seorang wanita yang menari yang mempunyai bentuk badan yang langsing.
Terdapat parut di antara celah dua kening matanya yang lebat dan muka yang kejam.
Seorang lagi mempunyai tubuh yang kecil dan bermuka jahat,dengan mata panda yang tipikal bagi seseorang yang tidak bertenaga akibat dari minum wine dan berasmara dengan wanita.
Dia tidak dapat mengalihkan pandangannya dari penari wanita tersebut dan terus-terusan mengangguk. "Bagus bagus bagus! Encik Diapheis, asalkan kau dapat menghapuskan budak sampah itu, aku akan balik semula dan akan berkata baik kepada ayahku mengenai kau dan meningkatkan pelaburan kepada kau."
Diapheis tenang berkata. "Terima kasih banyak, Tuan Muda Farmar. Budak kecil yang bernama Marvin itu tidak akan terlepas dari genggaman kami. Kami telah menghantar satu pasukan kecil untuk memburu dia, oleh itu pasti tidak lama lagi kepalanya akan terapung di Sungai Pine Cone."
"Pada masa itu, Lembah White River akan dimiliki oleh ayah aku! Farmar dengan marah terus berkata, "Jean dan anaknya mengambil alih hak ayah aku untuk sekian lama dan masanya untuk kami mengambil semula hak kami!"
"Sudah tentu, Diapheis pun ketawa kuat, "Kumpulan Gnoll itu bukanlah mahal pun, dan peruntukan untuk mereka juga telah dikeluarkan. Marvin akan mati dan segalanya akan beres."
Kedua mereka sedang ketawa jahat dengan kuat, tiba-tiba, satu kelibat berbaju hitam meluru masuk. Kelibat itu mencangkung dan berbisik di telinga Diapheis.
Wajah Diapheis tidak berubah selepas mendengar laporan tersebut. Dua kumpulan telah memulakan pencarian. Itu pun nak bagitahu aku?
Kelibat berbaju hitam itu pun berlalu pergi.
Apabila Diapheis ingin berkata sesuatu, Farmar secara tiba-tiba bangun dan menghalau penari lain dan hanya meninggalkan penari berbadan langsing itu terpinga-pinga.
Farmar pun memeluk dia dan menarik masuk ke dalam bilik kecik di sebelah.
Penari itu meronta dan berkata dengan nada yang ketakutan, "Sir Diapheis, apabila tuan mencari aku, kau katakan hanya diupah untuk menari sahaja?"
Diapheis berkata tanpa perasaan,"Maaf, terdapat perubahan rancangan."
Bang!
Pintu kecil itu pun ditutup rapat. Terdengar suara penari yang ketakutan itu bersama suara gelak Farmar yang gatal itu.
…
Diapheis pun berkerut, fokus dengan ekspresi muka yang serius.
"Satu kumpulan telah pergi sekian lama. Kenapa masih tiada berita lagi, apa yang berlaku?"
Pada masa itu, lelaki berbaju hitam pun kembali dan selepas memerhatikan keadaan sekeliling pun berbisik, "Terdapat dua berita tidak baik. Satu kumpulan telah dijumpai di tepi sungai Pine Cone tidak bernyawa. Musuh menggunakan kerambit dan kemahiran membunuh yang digunakan adalah amat menakutkan."
Diapheis mengerut dahinya.
"Tambah pula, gudang kita di pelabuhan telah dibakar dan berlaku pergaduhan antara pelanggan kasino di timur. Mereka yang menjaga keselamatan kawasan tidak muncul.
Diapheis merenung tajam, "Seseorang secara senyap menimbulkan pergaduhan?"
"Kemungkinan orang Azure Snake atau White Peacock." Lelaki berbaju hitam itu berkata dengan risau menambah, "Kita meluaskan pengaruh dengan agak pantas kebelakangan ini dan mungkin menyebabkan kebencian."
"Tidak kira siapa mereka, pengaruh Acheron tidak dapat dihalang." Diapheis pun bangkit dari sofa dan mengarah, "Hantar tiga kumpulan untuk pergi melihat dan membunuh mereka yang menimbulkan masalah."
"Tetapi dalam kes ini, hanya akan tinggal dua kumpulan sahaja yang tinggal di Pyroxene Bar bersama ahli biasa sahaja," lelaki berbaju hitam itu berkata.
"Apa hendak takut, aku kan ada di sini!" Diapheis pun berjalan ke arah dinding dan mengangkat kapak yang besar.
Pada masa itu, seorang ahli muda datang berlari ke bawah dari tingkat atas.
"Tak Bagus! Bos! Ada orang yang datang menimbulkan masalah di atas, dia telah bunuh semua orang kita."
"Berapa orang yang datang!?" Lelaki berbaju hitam itu menjerit bertanya.
Ahli muda itu pun menelan air liur sambil ketakutan berkata.
"…Seorang!"