Chereads / Renjer Malam / Chapter 89 - Penyihir Takdir

Chapter 89 - Penyihir Takdir

Pengalaman bertempur sangat berharga.

Sebagai contoh, ketika ini walaupun Marvin masih jauh dari pihak lawan dan tidak menggunakan sebarang jenis kemahiran atau jampi untuk menyiasat, dia masih dapat membuat keputusan dengan pantas.

Dua pengembara ini merupakan pemilik kelas pangkat ke-2.

Bahagian atas badan mereka nampak tegap dan mereka juga menggunakan pedang dua tangan, salah satu darinya terdapat karat.

Ini bermaksud mereka tidak menjaga senjata mereka atau mungkin tidak mampu melakukan penjagaan.

"Mereka tidak ada sebarang tanda istimewa, rasanya mereka berdua ialah pelawan pangkat ke-2. Mungkin level antara 7 atau 8."

Perkara yang membuatkan Marvin sangat lega ialah mereka berdua sama seperti Wolf, tidak mempunyai sebarang kelas lanjutan.

Selepas naik pangkat, kelas yang baru akan menguatkan tubuh badan dan juga mempunyai pelbagai kemahiran kuat. Ini seperti seseorang itu dilahirkan semula.

Sejak Marvin dibangkitkan semula, walaupun dia telah membunuh beberapa pemilik kelas pangkat ke-2, dia tetap perlukan cara istimewa ketika berhadapan dengan mereka yang telah dapat kelas lanjutan.

Untuk ketua kumpulan bernama Diapheis, dia telah gunakan [Rainbow Jet]. Untuk dua orang gasar yang melindungi Miller, dia telah bergantung kepada anak buahnya mengguna serangan [Desperate Strike]. Manakala bagi Penyihir Gnoll pula, Marvin telah menggunakan ubat dan keadaan ketika itu sangat bahaya.

Setiap pemilik kelas lanjutan pangkat ke-2 sukar untuk diuruskan.

Jenis seperti Wolf yang paling mudah sekali.

Kemahiran asas pelawan tidak seperti mereka dari kelas lanjutan yang hebat.

Marvin menahan nafas dan perlahan mendekati mereka.

Walau apa situasi yang sebenar, pasti ada sebab kenapa Sean telah menyuruh Marvin untuk uruskan.

Dia sekarang perantis Sean, oleh itu dia hanya mampu membuat apa yang disuruh.

Tambahan pula, kedua-dua pengembara ini seperti orang jahat. Membunuh dua pengembara yang melanggar janji tidak mengacau pemikirannya.

Stealth!

Hutan merupakan sebahagian dari belantara. Bukan saja stealth oleh renjer tidak dikenakan penalti malah mendapat sedikit bonus pula!

Dia terus berada dalam kegelapan sambil mara dengan perlahan.

Walaupun pemilik kelas pangkat ke-2 yang tidak mempunyai kelas lanjutan lebih mudah untuk diuruskan tetapi mereka masih ada level, nilai atribut dan juga nilai kemahiran lebih tinggi. Oleh itu Marvin tidak boleh memandang rendah mereka.

Situasi yang berlaku tidak nampak bahaya ketika ini. Dia mengambil keputusan untuk menyorok di belakang pokok dan menggunakan Listen.

Sebelum masuk campur, dia perlu siasat situasi dengan lebih teliti. Ini prinsip Marvin ketika berlawan.

Gadis itu berada di tengah dua pengembara dan kedua-dua belah pihak diam buat masa yang lama.

Tidak lama kemudian, salah satu pengembara berkata dengan tidak sabar, "Cik Kate, bukan niat kami untuk menyusahkan kau."

"Kita telah berpusing di dalam Hutan Thousand Leaves beberapa kali dan berhadapan risiko yang besar. Kau tahu betapa lecehnya Pengawal Elven Iron itu."

"Walaupun kita tidak jumpa apa yang kau cari, kami telah jalankan tanggungjawab yang diberi. Jika kau masih ingin terus mencari, kau perlu bayar lebih!"

Satu lagi lelaki berkata dengan suara perlahan, "Atau kau boleh guna cara lain untuk membayar."

"Kami sangat gembira untuk membantu gadis yang cantik dan baik hati."

Mata Marvin terus merenung kepada gadis itu.

Tetapi selepas merenung dia terus terkedu!

Dia memakai skirt dan mukanya licik seperti porselin dengan mata warna ungu. Dia mempunyai sifat lemah lembut.

Sifat yang paling ketara ialah rambut panjang berwarna ungu.

Cik Kate…

Marvin menarik nafas dengan dalam.

Gadis ini bukan orang biasa!

Dia kenal gadis itu.

"Apa yang orang tua Sean itu fikirkan? Wira menyelamatkan gadis cantik?"

"Gadis ini perlu berfikir dan dua pengembara tersebut akan mati dalam masa seminit."

"Tetapi… Gadis ini nampak lebih menawan di dalam permainan video. Dia mempunyai wajah yang penuh dengan daya tarikan kuat."

Hati Marvin mula berdegup pantas.

Dia bukan tidak pernah melihat gadis cantik sebelum ini tetapi kecantikan seperti ini membuatkan dia terkedu. Hanya ada beberapa orang saja yang mempunyai kecantikan seperti ini di Feinan.

Gadis ini boleh dikatakan ciptaan yang paling cantik. Tiada sebarang kecacatan dari atas kepala sehingga ke hujung kaki, selain dari masih kecil fizikal dan wajahnya telah sampai ke tahap yang tidak boleh diungkapkan.

Disebabkan kecantikan luar biasa ini, dia dan bala tenteranya dari Gunung Rocky menarik untuk malapetaka yang menakutkan.

Selepas bencana besar, ramai dewi yang cemburu dengan kecantikan dia dan adik beradik perempuan dia. Dewi-dewi tersebut merancang konspirasi dan menggunakan peperangan untuk memusnahkan Gunung Rocky.

Ini ialah misi peperangan pertama yang menakjubkan. Lebih dari seratus ribu pemain level tinggi turut serta dalam event ini, [Peperangan Mempertahankan Gunung Rocky]. Walaupun pihak dari Gunung Rocky akhirnya kalah dan para dewi menang, tetapi kehebatan tiga gadis tersebut meninggalkan kesan yang mendalam di hati pemain!

Mereka dikenali dengan nama [Tiga Adik-Beradik Takdir]. Mereka bertiga ini yang membina wilayah manusia pertama yang besar selepas dari bencana. Kegemilangan Gunung Rocky merupakan kegemilangan tiga adik-beradik yang dirahmati oleh takdir sebagai [Penyihir Takdir].

Tiga adik-beradik ini berpangkat Legenda.

Gadis yang berdiri di depan Marvin ini salah seorang dari Tiga Adik-Beradik Takdir. Dia merupakan nombor dua yang dikenali dengan nama samaran Kate. Tiada siapa tahu nama sebenarnya.

Kekuatan Penyihir Takdir sangat menakutkan. Mereka ialah sekumpulan orang yang dirahmati oleh kehendak alam ini. Karisma semulajadi mereka sangat tinggi. Mereka boleh tiba-tiba memahami sihir legenda yang kuat walaupun hanya bangun dari tidur selepas makan.

Mereka tidak perlu belajar! Mereka akan terus faham sihir yang kuat. Walaupun kadar pemahaman mereka terhadap sihir ini ialah rawak tetapi sihir yang mereka tahu nanti memang sangat kuat dan menakutkan.

Sejak dari pembentukan Feinan, tidak lebih dari dua puluh orang Penyihir Takdir yang muncul. Tetapi semasa Bencana Besar, tiga daripada mereka muncul ketika ini!

Dan mereka semua ialah adik-beradik!

Perkara yang paling pelik ialah dua puluh orang ini semuanya perempuan. Ini membuatkan semua perantis lelaki hampa tetapi mereka hanya boleh rasa cemburu dengan perempuan yang dirahmati oleh kehendak alam.

"Dia mungkin sudah menggunakan sesuatu untuk sembunyikan daya tarikan."

"Jika tidak, dua pengembara ini sudah pasti tidak dapat mengawal diri untuk melakukan sesuatu terhadap gadis ini. Di dalam mata mereka, dia cuma seorang gadis yang sangat menawan."

Marvin melihat log sendiri dan tidak muncul sebarang ayat semakan. Ini membuktikan teorinya itu.

Dia agak keliru. Apa yang orang tua Sean fikirkan?

"Adakah dia tidak tahu tentang kuasa yang dimiliki oleh gadis ini?"

Dan mahukan aku untuk menjadi wira yang selamatkan gadis cantik?

Tetapi pada masa ini, Kate terus membalas "Aku tidak ada duit lagi."

"Aku telah bayar kamu ketika kita bergerak ke dalam hutan dan kamu berjanji untuk tolong aku cari [Batu Ametis].

"Tetapi beberapa hari ini kamu saja berpusing-pusing di dalam hutan ini. Kamu telah menipu aku. Ini telah melanggar kontrak."

Dua pengembara tersebut berbalas renungan dan tidak dapat menahan diri dari tersenyum sambil menunjukkan sifat miang.

"Aku tidak sangka kau telah perasan."

"Batu Ametis? Kami tidak pernah dengan mengenainya!"

"Gadis muda yang lemah boleh memuaskan aku…"

Salah seorang dari lelaki itu ke depan sambil tersengih, "Kami ingin lakukan ketika masuk ke dalam hutan, tetapi kami ingin lihat berapa yang kau ada. Lagipun kami tidak boleh buka storan kau."

"Berjalan seorang diri dengan item storan gred tinggi. Kau pasti seorang bangsawan yang larikan diri dari rumah setelah bertengkar."

"Aku masih teringat lagi gadis sebelum ini… Hehe…"

Kate terus rasa resah.

Suaranya ditinggikan sedikit. "Jangan datang dekat!"

"Aku bunuh kau!"

Rambutnya terus terapung di belakang dan tanda kesakitan dapat dilihat di wajahnya!

Marvin dapat rasakan aura kuasa kemusnahan datang dari badan gadis tersebut!

"Tunggu sebentar…"

"Celaka! Kate ketika ini masih tidak boleh mengawal kuasanya. Abiliti Penyihir Takdir masih belum bangkit sepenuhnya!"

Marvin terus bertindak!

Kate ketika ini masih dalam fasa peralihan. Kuasa takdir dirinya telah bangkit tetapi dia masih tidak dapat mengawalnya.

Dia tidak boleh bertindak sesuka hati. Jika tidak, dia mungkin tidak dapat mengawal kesan dari Sihir Heaven Destroying itu.

Ini ialah kawasan Raja Elven Agung! Jika terdapat Penyihir Takdir yang melakukan kemusnahan di sini, dia pasti akan menghapuskan dia!

Marvin baru faham kenapa Sean menyuruh dia menguruskan situasi ini!

Dua pengembara itu masih bertindak semberono! Malah salah seorang dari mereka menerkam ke arah gadis tersebut!

"Jangan datang dekat!" Wajah Kate bertukar menjadi sangat marah!

Api yang besar mula muncul di sekeliling badannya!

Pengembara itu mula berundur!

Pada masa ini, satu kelibat mula menyerang menggunakan kerambit di pinggang pengembara tersebut!

"Kawal kuasa kau!" Marvin menjerit.

"Biar aku uruskan dua lelaki ini!"