[Scatter Shot]!
Marvin merenung tajam. Dia masih tenang walaupun langit penuh dengan anak panah seperti hujan yang turun ke arahnya.
[Scatter Shot] merupakan kemahiran jarak jauh renjer yang biasa. Selalunya itu tidak memberikan impak yang kuat kerana tidak tepat.
Tetapi situasi ini menjadi sukar buat Marvin ketika ini!
Lorong ini sangat sempit. Marvin mampu untuk melepaskan diri ketika ini kerana Wolf sudah mati.
Dia mampu melepaskan diri dengan ketangkasan yang dia ada!
"Tetapi jika dia melepaskan diri, agak sukar untuk Marvin mencari wanita ini semula!"
Selepas berfikir, Marvin tidak dapat menahan diri dari mengetap gigi!
Dia terpaksa bertaruh!
Dia terus bergerak ke dinding sebelah kanan sambil menahan kesakitan!
Anti-Gravity Steps!
Dia membetulkan badan di sudut 45 darjah dari dinding, memusing buku lali dan mula berlari di dinding. Walaupun begitu dia masih boleh berlari ke atas dengan stabil.
"Woosh!"
Hujan anak panah itu melepasi badan Marvin. Terdapat juga anak panah yang terkena baju dia!
"Sangat hampir! Nasib baik tiada racun di anak panah itu!" Jantung Marvin berdegup dengan sangat kencang.
Dia rasa pertembungan malam ini merupakan situasi paling bahaya dia pernah alami setakat ini.
Membunuh pemanah yang berada di tempat tinggi merupakan perkara yang sukar ditambah lagi Marvin tidak mempunyai perisai!
Anti-Gravity Steps tidak mampu membuatkan Marvin berlari lama di dinding. Selepas mengelak hujan anak panah, dia terjatuh ke tanah semula dan tidak sengaja mendarat menggunakan tangan kanan!
Kesakitan dari anak panah itu semakin parah.
Darah mengalir keluar.
Anak panah itu telah mengganggu keseimbangan Marvin menyebabkan dia tersalah perkiraan dalam pergerakan tubuh badan sendiri.
"Celaka, masa untuk Anti-Gravity Steps telah menurun hampir setengah saat…" Marvin memegang anak panah sambil mencarut di dalam hati.
Nilai HPnya menurun sedikit demi sedikit kerana kehilangan darah begitu juga dengan staminanya.
Tetapi dia tidak berfikir untuk melarikan diri!
"Aku mesti bunuh wanita ini!"
"Ini ialah misi untuk naik pangkat Perantau Malam yang pertama. Jika dia tidak mampu, macam mana pula dengan misi seterusnya?"
Marvin tiba-tiba menjadi lebih fokus!"
Satu lagi anak panah terbang.
Nasib baik Marvin dapat melihat dengan jelas pihak satu lagi dengan darksight.
Dia berlari di lorong sambil melihat Kitten berdiri di atas bumbung!
Jarak antara mereka agak jauh.
Apabila Marvin berada di titik buta pemanah itu, dia pasti tidak dapat untuk menyerang balas.
Tetapi pemanah itu masih tidak mahu mengalah!
Dia menggigit bibir dan melepaskan lagi anak panah!
Pergerakan Marvin yang seperti hantu itu menyebabkan semua anak panah tidak kena pada sasaran!
Jarak di antara mereka semakin susut.
Tiba-tiba, pemanah itu tersengih.
Dalam jarak ini!
Satu tanda pelik muncul di matanya!
Walaupun Marvin mengalami kesukaran untuk mengelak, dia masih mengambil perhatian kepada setiap pergerakan yang dibuat oleh pemanah itu!
Dia dapat melihat tanda tersebut dengan jelas kerana darksight… itu [Moving Shot]!
"Celaka betul!" Wanita ini belajar kemahiran tahap tinggi!
Marvin mula rasa resah!
Akhirnya Marvin faham kenapa wanita itu sangat yakin kemenangan ditangannya, dan dia tidak berundur walaupun jarak di antara mereka sedekat ini!
Kerana dia masih ada teknik terulung ini!
[Moving Shot]: Meningkatkan accuracy memanah kepada sasaran yang bergerak!
Penerangan kemahiran ini sangat samar tetapi Marvin tahu pada jarak ini, anak panah satu lagi ada peluang 50% untuk terkena pada Marvin.
Masih ada sedikit lagi jarak untuk Marvin sampai ke titik buta pihak lawan.
Dalam jarak ini, dia masih mampu untuk melepaskan tiga anak panah!
Jika salah satu dari serangan itu terkena Marvin, situasi ini sangat membahayakan buat Marvin!
Apa yang dia mampu buat?
Marvin yang biasa berhadapan situasi hidup dan mati ini mula rasa buntu!
Pemanah yang kecil dengan kelebihan persekitaran memaksa Pemerintah Malam mengalami situasi seperti ini!
Memang sangat menyedihkan.
Kedua-dua belah pihak merenung satu sama lain.
Marvin terus membuat keputusan.
Tetap mara ke hadapan!
…
"Pergi mampus!" Kitten berkata.
Anak panah di busur selama ini terus dilepaskan kepada Marvin. "Woosh!" Anak panah pertama disasar kepada perut Marvin!
Dia mahukan serangan kritikal!
Moving shot meningkatkan accuracy asalnya yang menakjubkan itu. Anak panah ini sangat tepat dan akan terkena perut Marvin tidak lama lagi!
Pada saat yang genting, badan Marvin bergegar dengan pelik!
Shadow Step!
Efek kemahiran penyelamat nyawa ditonjolkan ketika ini memaksa Marvin bergerak setengah meter ke kanan dan berjaya mengelak anak panah tersebut.
"Tindakbalas yang cantik," pemanah itu memberi komen.
Panahan ke-2.
Anak panah ini seperti panahan sebelum ini yang sangat tepat menghala terus ke leher Marvin pula!
Jantung Marvin berdegup dengan sangat kencang. Dalam sekelip mata dia seperti telah lupakan kesakitan dialami dirinya dan menendang ke tanah dengan kaki kanan pula!
"Snap!"
Nampaknya seperti buku lalinya patah!
Shadow Step tiruan!
"Woosh!"
Anak panah itu melepasi telinganya ketika dia mengelak buat kali yang kedua.
"Eh? Dua kemahiran?" Pemanah itu rasa terkejut tetapi masih mengekalkan muka yang bengis.
Ini kerada dia masih ada panahan ketiga!
Anak panah yang ketiga disasarkan ke jantung Marvin!
Nampaknya kali ini agak mustahil untuk dia mengelak anak panah ini!
"Habislah dia!" Pemanah itu merenung tajam.
…
Marvin masih tidak mengaku kalah sehingga saat terakhir. Dia sangat kenal dengan tubuh badannya.
Dia tidak mampu untuk memaksa menggunakan kekuatan kerana panah di bahu kanan. Buku lali kanannya juga patah, memang cedera yang sangat parah!
Agak rasional jika dikatakan pasti sangat sakit.
Tetapi memang tidak rasa sebarang sakit.
Ini bukan kebas tetapi keadaan yang sangat mistik.
Dia melihat dengan perasaan kecewa ketika anak panah ketiga terbang untuk mengambil nyawanya.
Potensi di dalam dirinya mula bangkit ketika berhadapan situasi antara hidup dan mati!
Kaki kirinya berpusing dan menendang ke tanah. Keadaan ini sama seperti dia menggunakan Shadow Step pertama kali, kaki kirinya tidak dapat menampung tekanan yang dialami. Ia tidak mampu dipaksa menggunakan kuasa sekali lagi.
Tetapi dia masih tetap gunakan.
Sepenuh tenaga!
Letusan!
Shadow Step tiruan sekali lagi!
"Snap…"
Buku lali kirnya juga patah… Ketika ini keadaan dia memang menyedihkan!
Tetapi pada waktu ini juga Marvin mengelak anak panah ketiga dengan cantik. Dia berguling di tanah dan mendarat di bawah bumbung Kitten berdiri!
Inilah titik butanya dan dia pasti tidak dapat melihat Marvin.
"Agak memalukan…"
"Tetapi akhirnya tiba masa untuk menyerang balas."
Marvin memaksa untuk senyum, badan separuh terbaring di tanah.
Kedua-dua kakinya patah. Kesan daripada memaksa tubuh badan yang rapuh menggunakan tenaga di luar batasan sangat menakutkan.
Tetapi nasib baik situasi sekarang sudah berubah.
…
"Dia berjaya mengelak!"
"Macam mana boleh berlaku?"
Pemanah wanita yang sedang berdiri di bumbung terkejut. Marvin hanya berada di bawah kakinya. Dia memanjangkan leher untuk melihat situasi Marvin di bawah.
Tetapi dia tidak perasan satu tali halus menjalar dari bucu. Ia terus melilit kakinya!
"Aaah!" dia terus menjerit terkejut.
Satu daya tarikan yang kuat datang dari buku lali menariknya turun dari rumah tiga tingkat itu!
Kitten tidak dapat mengawal badan kerana tali itu menjadi pendek dengan kepantasan yang menakutkan. Dia terus ditarik ke bawah dan jatuh dengan kuat ke tanah!
"Bang!"
Dia dalam keadaan yang teruk!
Marvin telah menarik dari hujung satu lagi tali permintaan dan berdiri dengan penuh sukar. Dia terus menekan kerambit ke leher pemanah yang sedang cuba menarik nafas.
"Di mana kau sembunyikan duit? Cepat cakap dan aku tamatkan seksaan kau ini sekarang. Jika tidak aku akan seksa kau perlahan-lahan.
Suaranya nampak tenang tetapi menakutkan.
Pemanah itu tersenyum pahit. Dia mengeluarkan skrol dari celah buah dada dan cuba ingin berkata sesuatu.
Tetapi Marvin telah menikan dia dengan kerambitnya itu!
"Tidak perlu terangkan, aku akan belajar sendiri."
Marvin terus membunuh dengan dingin.
Pada waktu ini, lelaki tua muncul di sudut lain lorong tersebut.
"Keadaan kau sangat teruk. Tetapi kau telah berhempas pulas sehabis mungkin. Sama seperti aku ketika muda." Penukang besi tua itu berkata perlahan.
"Kedua-dua belah kaki kau patah. Tubuh badan kau memang sangat lemah."
Dia membantu Marvin bangkit, ambil skrol wanita itu dan terus bagi kepada Marvin.
Kedua-dua mereka terhenjut-henjut berjalan dalam kegelapan malam.
…
Di dalam kedai tukang besi, penukang besi tua itu tengah sibuk melakukan sesuatu.
Marvin terus membuka log pertempuran.
Pada ketika ini, dia dapat melihat dua baris yang membuatkan dirinya terkejut:
[Disebabkan anda memaksa potensi keluar ketika berlawan, anda telah mendapat kemahiran istimewa – Endurance]
[Disebabkan anda memaksa potensi keluar ketika berlawan, anda telah mendapat kemahiran istimewa – Burst]