Chereads / Renjer Malam / Chapter 72 - Bertanding!

Chapter 72 - Bertanding!

Dengan bantuan Hanzer, Wayne akhirnya jumpa tempat untuk dia duduk.

Badan dia ketika ini sangat lemah dan dia sangat mudah untuk jatuh sakit.

Tetapi dia ketika ini penuh dengan daya hidup kerana abangnya telah datang.

Marvin sebelum ini sangat baik sehingga tahap segan dan pemalu pada pandangan mata Wayne tetapi dia tetap abangnya yang serba boleh dan hebat.

Adik-beradik ini sangat sayang di antara satu sama lain.

Mengikut undang-undang Persekutuan Ahli Sihir, Marvin pemerintah sementara, tidak lebih dari itu.

Pemerintah sebenar bagi Lembah White River adalah Wayne yang dewasa nanti.

Disebabkan dia seorang ahli sihir, walaupun dia adik, tetapi dia mempunyai hak yang lebih tinggi dari Marvin dari segi harta warisan.

Boleh dikatakan adik-beradik ini ada konflik kepentingan. Tetapi mereka seperti tidak ambil peduli.

Mereka hanya sayang di antara mereka.

Ini seperti hubungan air yang dicincang tidak akan putus.

Selepas juri itu memberi keputusan pengadilan, mereka terus beredar.

Sekarang waktu mahkamah Menara Ashes mengambil alih.

Para penonton penuh bersemangat.

Tujuan mereka datang sebenarnya ingin melihat proses pengadilan tetapi tidak menjangka akan berlaku proses pembicaraan.

Agak sukar bagi Baron Marvin untuk mengelak dari kena hukuman penjara.

Undang-undang Persekutuan Ahli Sihir Selatan sangat ketat. Pembicaraan sangat berbeza dengan pengadilan kerana Marvin tiada hak untuk mempertahankan diri.

Proses ini bergantung sepenuhnya kepada hakim.

Menara Ashes mempunyai tiga hakim sepanjang tahun. Tetapi dua dari mereka ada urusan lain dan tidak dapat hadir.

Hakim yang dapat hadir ini ialah orang tua yang berjanggut kelabu.

Dia ahli sihir pangkat pertama dengan bakat yang rendah. Dia tidak mempunyai peluang seumur hidup untuk meningkat naik di hayat ini.

Tetapi dengan bantuan keluarga agung atau puak, dia mempunyai peluang untuk menjawat jawatan yang berpengaruh.

Sebagai contoh menjadi hakim.

Hakim itu berpura-pura membaca keputusan pengadilan.

Marvin tersengih ketika melihat orang tua itu berpura-pura.

"Orang itu juga telah membuat keputusan lebih awal dalam pembicaraan ini, betul tak?"

"Hukuman mati sangat mustahil kerana keterlaluan. Aku rasa dia akan mencampak aku di dalam penjara. Ketika di dalam penjara, dengan kuasa keluarga itu, tiada masalah untuk mencari jalan membunuh aku?"

"Lakonan orang tua ini sangat teruk, Fail itu juga dipegang terbalik atas ke bawah… Dan raut wajah muka dia terlalu nyata."

Ketika dia mengutuk orang tua itu dalam hati, orang tua itu lantas bersuara dengan suara yang kuat.

"Ehem..ehem.. Aku akan beritahu keputusan pembicaraan."

"Malangnya, disebabkan dua hakim mempunyai urusan lain yang lebih penting, aku terpaksa jadi hakim secara berseorangan dalam pembicaraan ini."

"Baron Marvin telah menimbulkan provokasi kepada Menara Ashes. Ini merupakan jenayah besar bagi ahli sihir di bawah pemerintahan Persekutuan Ahli Sihir Selatan."

"Keputusan aku: Tiga tahun penjara."

Ketika keputusan itu keluar, penonton semua menjadi huru-hara.

Sesetengah bangsawan yang yang mahukan keadilan menjerit, "Tiga tahun penjara? Celaka, dia difitnah dulu. Dia tidak bersalah dan patut dibebaskan tetapi kau penjarakan dia selama tiga tahun?"

"Tak tahu malu!"

"Orang dari keluarga Unicorn memang tak tahu malu, betul tak?"

Terdapat juga beberapa ahli dari keluarga ahli sihir agong. Mereka mengejek dan mengutuk keadaan ini.

Mereka tidak kasihan kepada Marvin tetapi mengambil kesempatan ini mengutuk pesaing mereka.

Bagi bangsawan biasa, mereka agak sedih dengan keadaan ini.

Apa akan jadi jika situasi Marvin ini berlaku kepada mereka di masa akan datang?

Jika mereka difitnah menyamar sebagai bangsawan, adakah mustahil untuk melawan?

Marvin juga pemilik Medal Sembilan Bulan! Adakah ini masih tidak cukup untuk pertahankan dirinya?

Tetapi, tiada guna jika semua orang marah kerana keputusan telah dikeluarkan.

Marvin akan dipenjara selama tiga tahun.

Di satu sudut, Wayne terus berdiri.

Walaupun dia masih muda, tetapi dia tahu muslihat keluarga Unicorn. Jika Marvin dipenjarakan, pasti dia akan ditimpa malapetaka!

Mereka tidak akan memaafkan abangnya dengan mudah.

"Jangan terlalu naik angin." Hanzer menarik balik Wayne duduk di kerusi. "Aku perasan Marvin tidak risau langsung."

"Dia nampak terlalu tenang."

"Mungkin dia ada rancangan lain?"

Wayne terkejut. Kata-kata Hanzer memang benar. Abangnya nampak sungguh tenang.

Seperti tidak kisah kena masuk penjara.

Macam mana?

Selepas keputusan ke atas Marvin diberitahu, dia terus tersenyum.

"Seperti yang dijangka."

"Keluarga Unicorn? Mereka memang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka ingin kami adik-beradik terperangkap ke jalan mati."

"Kau masih duduk lagi?"

Dia melihat budak perempuan kecil yang duduk di kandang saksi itu.

Air muka dia sudah menjadi sangat tenang.

Seperti dia tiada perasaan.

Tetapi Marvin dapat merasakan kemarahan dalam diri budak perempuan itu.

"Aku boleh cakap, nasib aku memang sangat baik."

"Jika aku tidak terserempak dengan dia, aku memang akan jadi buntu." Marvin berfikir.

Pada masa itu, hakim itu terus berkata, "Keputusan telah dibuat. Penguatkuasa undang-undang, pergi bawa Marvin masuk ke penjara…"

Pada masa itu, ayatnya terus dipotong!

Itu suara dari budak perempuan kecil itu. "Keputusan itu terbatal."

Walaupun suara itu sangat lembut tetapi ia bergema di minda semua orang.

Hakim itu terkejut.

Dia melihat budak perempuan kecil di dalam kandang saksi itu dan tersenyum sambil berkata. "Budak perempuan muda, ini bukan keputusan yang kau boleh buat."

Hanya beberapa orang saja tahu tiga rupa Mahaguru Menara Ashes. Dan ahli sihir ini jarang keluar menunjukkan muka kepada orang awam buat masa yang lama.

Ada orang kata dia dalam pengasingan untuk mencuba menyerang had batasan legenda.

Siapa sangka budak perempuan kecil ini salah seorang tiga orang besar dari Menara Three Ring!

Budak perempuan muda itu mengangkat kepala dan memandang lelaki tua itu.

"Aku kata keputusan ini terbatal."

Pada waktu ini, suara dia meningkat satu oktaf, menjadi sangat kuat!

Semua orang terkejut melihat dia!

Apa yang telah berlaku kepada budak perempuan itu? Adakah dia sudah hilang akal? Saksi cuba memberi arahan kepada hakim?

"Dari mana budak kecil ini datang? Sangat comel…"

"Nampaknya dia seorang saksi. Aku rasa dia tidak puas hati dengan keputusan itu. Dia masih terlalu muda."

"Tetapi dia nampak sangat cerdik. Aku tidak tahu siapa keluarga dia tetapi aku rasa dia datang ke sini untuk mendaftar."

Semua orang berbincang.

Tetapi terdapat sejumlah kecil orang yang terkejut.

Mereka mula memandang kasihan kepada hakim itu.

Termasuk juga Marvin.

Walaupun dia nampak tenang dari luaran. Tetapi dalam hati dia ketawa besar.

"Orang bangang itu boleh cakap Mahaguru Menara Ashes tidak boleh buat keputusan di dalam kawasan dia sendiri?"

Ini memang akan buatkan Hathaway mengamuk?

Sebenarnya Hathaway saja turut serta untuk berseronok tetapi sekarang pengikut keluarga Unicorn telah membangkitkan kemarahan ahli sihir separuh legenda ini.

"Jangan cari pasal!"

Orang tua itu masih tidak berganjak. Dia tetap memberi arahan dengan tegak, "Penguatkuasa undang-undang! Bawa pergi budak itu."

Tetapi tiada seorang yang mengambil tahu tentang arahan dia.

Penguatkuasa undang-undang tiba-tiba menerima notis daripada Mahaguru Menara Ashes!

Mereka sangat terkejut kerana sudah lama Dame Hathaway tidak memberi arahan secara terus.

Ini membuatkan mereka sangat terkejut.

Mereka tidak berani untuk bergerak!

"Penguatkuasa undang-undang?!" Lelaki tua itu menjerit marah, "Penguatkuasa?"

Para penonton yang melihat menjadi bingung dengan keadaan yang berlaku.

Marvin dapat mengawal diri daripada hampir untuk ketawa.

Badan budak perempuan kecil itu mula terapung dan matanya mula bertukar merah.

"Anak buat keluarga Unicorn, adakah kau babi?"

Ketika dia habis bercakap, bunyi 'Thump" bergema dan juri itu terus bertukar menjadi babi!

Ia berjalan di keliling platform yang tinggi dengan perasaan malu dan risau.

Semua orang ketawa.

"Instant Shapeshift!"

Marvin menjeling, dan tahu jampi yang digunakan Hathaway.

"Kau boleh diam," budak perempuan kecil itu berkata dengan dingin.

"Anak buah Unicorn, berani dia cakap aku tidak sedar diri!"

"Jika sekali lagi berlaku, aku akan tukar semua orang kau menjadi babi!"

"Ini Menara Three Ring, bukan Istana Crystal kau!"

Selepas habis berkata, dia terus bertukar wajah menjadi gadis berambut perang berusia 20an!

"Dame Hathaway!"

"Semua orang terus terkedu. Ahli sihir dari Menara Ashes terus melutut seorang demi seorang menunjukkan wajah penuh hormat.

Hanzer sangat terkejut dan menarik Wayne untuk turut melutut.

Hanya Marvin saja yang masih berdiri di dalam Dewan Pengadilan itu.

"Aku memutuskan Baron Marvin tidak bersalah."

Hathaway berkata dengan dingin.

Dia kemudian membuka pintu dan meninggalkan dewan itu.

Ini membuatkan semua orang di dalam dewan itu celaru.

"Aku tidak sangka Dame Hathaway menjadi saksi!"

Di dalam bilik Wayne, Hanzer memerhatikan Marvin sambil berkata. "Kau mesti sudah dapat rasakan sesuatu."

Marvin menggeliat dan membalas, "Aku bernasib baik."

Wajah Hanzer jelas mengatakan dia tidak percaya.

Marvin mengubah topik perbualan. "Walaupun kadar pemulihan Wayne agak pantas, bukankah waktu pertandingan akan bermula nanti?"

"Tiada apa yang boleh dibuat ketika ini. Aku cadangkan kita mengalah saja," Hanzer berkata dengan hati kecewa sambil melihat anak muridnya itu.

Pertandingan itu akan bermula tiga hari kemudian. Pada masa itu, Wayne hanya mampu menggunakan beberapa jenis magik dari Lingkaran Sihir Pertama saja.

Dia tidak akan biarkan anak muridnya membunuh diri seperti itu.

Marvin melihat kepada Wayne dan berkata dengan nada yang tegas.

"Aku dengan setiap ahli sihir boleh bawa seorang pengikut."

"Jika begitu, biar aku jadi pengikut untuk turut serta dalam pertandingan."