Chereads / Renjer Malam / Chapter 73 - Pertandingan Grail Suci

Chapter 73 - Pertandingan Grail Suci

Pertandingan Grail Suci ini datang dari sejarah yang sangat lama.

Feinan dulunya dikelilingi dengan (primal chaos). Terdapat kuasa magik yang banyak mengelilingi kebanyakkan tempat di dunia ini, dan chaos magik menukarkan orang dengan keazaman rendah menjadi gila. Mereka akan berlawan di antara satu sama lain.

Ini ketika tanah ini penuh dengan huru-hara.

Kemudian, Dewa Ahli Sihir Lance tiba. Dia membuat Grail Suci untuk menyerap semua kuasa magik di dalam dunia.

Tidak sampai satu millennium, Lance telah berjaya menyerap semua [Sumber Magik] yang bertaburan di semua bahagian Feinan dan mencipta Kolam Magik Alam Semesta.

Dia sembunyikan Grail Suci itu di dalam Kolam Magik Alam Semesta. Orang yang dapat menjumpai Grail Suci itu akan dapat mengawal Sumber Magik Feinan dan menguasai seluruh dunia!

Terdapat ramai orang yang inginkan Grail Suci dan cuba mencari dengan masuk ke dalam Kolam Magik Alam Semesta tetapi akhirnya balik dengan tangan kosong.

Akhirnya Grail Suci menjadi kisah dahulu kala dan menjadi simbol penguasaan tertinggi ahli sihir.

Di Menara Three Ring, Pertandingan Grail Suci melambangkan simbol kerjasama dan persaingan di antara ahli sihir di tiga menara.

Pertandingan Grail Suci terbahagi kepada dua kategori; perantis terbaik Akademi dan juga ahli sihir pangkat ke-2 terbaik.

Pemenang akan membawa pulang item dijampi sebagai ganjaran, Grail Suci yang dijampi.

Kegunaan Grail Suci yang telah dijampi sangat banyak. Ia merupakan item magik yang sangat hebat dan juga hasil titik peluh penukang ahli sihir.

Pertandingan Grail Suci akan berlangsung setiap 5 tahun sekali. Masa berlangsung pertandingan ini kena pada masanya.

Dan Wayne telah mengharungi pahit getir untuk sampai ke pusingan kelayakan akhir ini.

Marvin tidak ingin dia berhenti setakat ini saja. Tambahan lagi dia sudah lama idamkan Grail Suci itu.

Barang itu sangat berguna.

Sebab itu dia terus membuat keputusan untuk turut serta sebagai pengikut Wayne dalam pertandingan itu.

Semua orang membantah keputusan itu.

Tetapi apa yang mereka boleh buat.

Marvin mempunyai semangat tidak mahu mengalah dan juga kekuatan yang menakjubkan. Sebab itu Hanzer memberi juga kebenaran Marvin untuk turut serta.

Butler tua itu sangat terkejut. Ketika dia meninggalkan Lembah White River, Marvin masih lagi bangsawan biasa saja.

Tetapi sekarang Marvin mampu untuk turut serta dalam pertandingan ini.

"Berapa banyak perubahan Tuan Muda Marvin telah berlaku pada masa ini!"

Dan Wayne pula sangat teruja.

Dia paling percaya kepada Marvin. Disebabkan abang dia kata akan bersama untuk turut serta dalam pertandingan, dia juga membuat keputusan untuk meneruskan penyertaan dalam pertandingan itu!

"Abang cakap dia pasti menang, bermaksud dia pasti akan menang nanti."

Aku cuma risau…

"Adakah kau tidak rasa kekok apabila menggunakan identiti sebagai pengikut? Abang?" Wayne bertanya.

"TIdak." Marvin menggelengkan kepala. "Asalkan aku menang, aku tidak risau benda remeh seperti itu."

"Kau hanya perlu berehat sekarang."

"Dengar kata Sir Hanzer. Esok kita akan menerima notis berkenaan pusingan kelayakan terakhir. Kita tunggu dan lihat," kata Marvin.

Di bilik lain dalam asrama Akademi Magore.

"Kenapa Dame Hathaway boleh muncul tiba-tiba? Dan dia juga menjadi saksi untuk Marvin??"

"Macam mana kebetulan seperti itu boleh berlaku? Adakah ini perangkap mensasarkan keluarga aku? Keluarga mana yang bertanggungjawab?"

"Rasanya bukan, tiada siapa boleh menduga pemikiran ahli sihir legenda. Mungkin ini memang kebetulan?"

White berjalan di dalam bilik dengan hati yang tidak tenang.

Selepas berakhir pembicaraan itu, setiap ahli dari keluarga Unicorn yang bekerja di Menara Ashes menerima amaran terus dari Hathaway sendiri.

Ini Menara Ashes, kawasan Hathaway. Bukan markas keluarga Unicorn!

Bagi hakim itu pula, dia telah dibawa pergi selepas ditukar menjadi babi.

Jampi shapeshifting ahli sihir separuh-legenda… Siapa tahu berapa lama akan bertahan?

Abaikan perkara ini dulu.

Apa yang lebih penting, kejadian ini telah menyebabkan pihak atasan keluarga itu sangat tidak berpuas hati dengan White.

Ayahnya juga telah menghantar surat untuk marah dia!

Dia hanya pewaris ke-13 dalam keluarga Unicorn! Walaupan terdapat banyak pewaris, dia boleh dikira agak berbakat. Dia mencapai puncak ahli sihir pangkat pertama ketika berumur 13 tahun. Jika tiada aral melintang, dia mungkin akan menjadi ahli sihir pangkat ke-2 ketika hujung musim panas!

Tetapi, dia tidak boleh mewakili keluarga Unicorn. Ini menyebabkan kelebihan yang diterima dari Menara Three Ring menjadi bermasalah.

Kemarahan Hathaway ditujukan kepada seluruh keluarga.

Ini menyebabkan White menjadi resah!

Macam mana ia boleh menjadi seperti ini?

Adakah budak bangsat itu memang musuh ketat dia?

"Sir, jangan risau," Lelaki berbaju hitam itu berkata. "Apa yang aku tahu, walaupun sumpahan Wayne dihapuskan, tubuh badan dia masih belum pulih."

"Dia pasti gagal untuk turut serta dalam pusingan akhir."

"Sir mesti melakukan persediaan untuk Pertandingan Grail Suci."

White berhenti perlahan dan mengangguk. "Betul kata kau, aku perlu tenangkan diri sekarang."

"Mungkin Dame Hathaway menghantar orang untuk memerhatikan kita."

"Walaupun keputusan tidak seperti yang aku jangka, tetapi aku masih dapat apa yang aku mahukan."

Keesokan harinya.

Hanzer membawa notis pusingan kelayakan terakhir.

"Zon hutan?"

"Biar betul?"

Marvin melihat notis tersebut dan tidak dapat mengawal diri dari tersenyum serta tersentak.

Hanzer juga buntu. "Pertandingan Grail Suci biasa dilakukan di zon gunung salji."

"Sebab itu semua orang sudah bersedia dengan keadaan seperti itu… Tetapi kali ini, arahan dari atas telah keluar untuk tukar kepada zon hutan…"

Dari atas?

Wayne dan Hanzer melihat Marvin. Marvin lagi terkejut dari mereka.

Siapa lagi yang lebih atas dari Akademi Magore? Bukankah Dame Hathaway, ahli sihir separuh-legenda itu.

Ini idea dia?

Hanzer melihat Marvin dengan penuh musykil. "Encik Marvin, Wayne anak murid kesayangan aku. Aku rasa kau tidak perlu sembunyikan terlalu banyak informasi dari aku."

"Jika kau ada hubungan dengan pihak atasan… Satu hubungan. Semua memang lebih masuk akal."

Marvin senyum paksa. Hanzer tidak bercakap kosong.

Marvin seorang renjer. Memang biasa jika dia di kawasan salji, tetapi jika di dalam hutan, dia seperti ikan yang berenang di lautan.

Selepas mereka mendaftar semalam, zon pertandingan terus ditukar kepada zon hutan. Ini menimbulkan perasaan syak wasangka semua orang.

Sekarang, beberapa guru level tinggi bergosip secara rahsia, meneka perhubungan Marvin dengan Hathaway.

Mereka rasa, mereka telah memandang rendah Baron dari Lembah White River ini. Lelaki ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Mahaguru Menara Ashes.

Bukti pula?

Pertahankan Marvin di Dewan Pengadilan, menukar peraturan untuk membantu Marvin. Masih tidak cukup?

Marvin juga tidak mampu berkata apa-apa.

Dia memang tidak terlalu tahu mengenai Hathaway. Walaupun dia pernah berjumpa dengan Hathaway dalam beberapa cabaran, dia hanya tahu serba sedikit saja tentang perangainya.

"Dia tidak mungkin ubah peraturan untuk aku, betul tak?"

"Apakah maksud ini?"

Dia rasa sedikit bimbang.

Walau apa sekalipun, zon hutan merupakan berita paling baik buat dua beradik itu.

Dalam pertandingan dua hari nanti, pasti ramai orang yang datang untuk menonton.

"Apa? Mereka turut serta?"

White yang melihat dokumen di tangan hampir melompat dari kerusi!

Tambahan lagi, bukankah sebelum ini lokasi pertandingan ialah zon gunung salji, tetapi mereka telah tukarkan kepada zon hutan.

Apa maksud ini?

Siapa yang boleh fikir apa yang bermain di fikiran Hathaway.

"Bertanding tidak menjadi isu." Sifat kejam mula terpancar dari muka White. "Aku dengar abangnya menggantikan pengikut Wayne sebelum ini untuk turut serta bertanding."

"Hanya budak pedalaman yang bermain dengan kerambit kembar, apa yang mampu dia buat?"

White tersengih, "Dunia ini diperintah oleh ahli sihir."

Di tingkat tertinggi Menara Ashes.

Terdapat gadis terbaring malas di atas sofa.

Burung kakak tua terbang masuk dan hinggap di kakinya yang putih melepak itu.

"Semua sudah diuruskan?" Hathaway bertanya dengan perlahan.

Burung kakak tua itu menjawab, "Notis sudah dihantar. Pertandingan di zon hutan pada lusa nanti."

"Aku pelik kenapa tiba-tiba kau membuat permintaan ini."

"Adakah sebab budak lelaki itu dapat melihat identiti sebenar kau?"

Hathaway menggeliat, dan kulitnya yang putih melepak dapat dilihat dari baju tidurnya.

Dia memetik jari seperti bosan, dan bertukar menjadi budak perempuan umur 6 tahun.

"Adakah masih tidak cukup?"

"Pemuda bernama Marvin itu nampak menarik. Adiknya juga ahli sihir yang berbakat."

"Tetapi Marvin sendiri ada potensi menjadi Legenda!"

"Sudah lama tiada perkara yang menarik berlaku. Aku harap Marvin akan memberikan aku kejutan. Berlawan dengan ahli sihir dan pelindung di dalam hutan ialah perkara yang sangat sukar."