Chereads / Renjer Malam / Chapter 71 - Pengadilan

Chapter 71 - Pengadilan

Marvin tidak berpura-pura.

Dia memang anggap membunuh gadis ini akan mengotorkan senjata dia.

Dia asyik berkata dia cintakan Wayne tetapi dia sanggup menyumpah Wayne. Marvin sudah mengawal diri dari menyeksa dia sehingga mati.

Hanzer menggelengkan kepala dan menunjukkan sedikit belas kasihan. "Sepatutnya aku melanggar undang-undang Persekutuan dan menjadikan dia bahan ujikaji makmal aku."

"…"

Marvin ingat dia sudah cukup kejam. Tetapi dia tidak sangka guru Wayne ini lebih kejam dari itu.

Tetapi sebenarnya Sir Hanzer ini sangat menjaga Wayne. Anak muridnya ini telah cedera parah. Memang pelik jika dia tidak marah seperti ini.

Ahli sihir memang orang yang tidak mengikut peraturan. Mereka tidak akan tundukkan kepala mereka kepada kuasa lain selain dari Persekutuan Ahli Sihir Selatan.

Hanzer pasti sudah lama menahan diri untuk marah sepanjang masa ini.

Sebab itu ketika Marvin ingin membunuh Lulu, dia tidak menghalang Marvin sebaliknya memberikan sokongan sepenuhnya.

Lagipun tiada sebarang isu jika Marvin menggunakan nama dia. Walaupun Akademi Magore telah memberi pengampunan kepada Lulu, tetapi Wayne orang dari Lembah White River. Marvin mempunyai kuasa untuk menghukum Lulu. Cuma keutamaan pertama adalah Akademi Magore. Selepas Akademi Magore menyerahkan kuasa untuk menghukum dia, dia mempunyai hak untuk menggunakan kuasa dia.

Ini kelebihan status. Sebagai bangsawan, walaupun bangsawan kecil, dia tetap mempunyai kelebihan.

Dan selepas Bencana Besar memusnahkan semua jenis pangkat. Marvin juga akan menjadi mangsa.

Dia tidak dapat menghalang bencana itu berlaku dan hanya mampu melindungi orangnya saja.

"Dan sumpahan Wayne itu?" Marvin berkata.

"Aku akan uruskan semua," Hanzer membalas. "Aku harap dia masih sempat untuk bertanding pusingan kelayakan nanti."

Mukanya penuh dengan rasa risau. Badan Wayne telah cedera teruk, walaupun sempat sedar tetapi kekuatan dia mungkin masih belum pulih.

Benda yang paling penting ketika ini menghapuskan sumpahan itu.

Mereka berdua berpisah dari penjara. Marvin pulang semula ke bilik asrama Wayne tinggal.

Keesokan paginya, matahari terbit menyinari bilik itu dari tingkap.

Dari tingkap yang terbuka, dapat merasa angin pagi bertiup. Bau ubat magik itu sudah semakin kurang.

Wayne yang terbaring di katil itu mula membuka mata dengan perlahan.

Dia masih tidak bermaya seperti sebelum ini tetapi sudah mula sedarkan diri.

Butler tua itu berada di sisinya.

"Tuan Muda Wayne, akhirnya kau sudah tersedar!" Butler tua itu tersentuh.

"Uh?" Wayne menggelengkan kepala kemudian berkata, "Abang…"

"Abang sudah sampai."

Butler tua itu terkejut ketika melihat Wayne. "Macam mana tuan tahu…"

Wayne melihat di sekeliling tetapi tidak menjumpai kelibat Marvin dan rasa hampa "Macam mana abang aku? Di mana dia?"

"Aku dapat nampak dia telah sampai."

Sebenarnya, Wayne bukan koma sepenuhnya ketika terkena sumpahan. Dia masih ada kesedaran sedikit ketika itu dan ingat kedatangan Marvin.

"Tuan Muda Marvin, dia…"

"Sekarang dia dalam proses pengadilan!" Butler tua itu berkata.

"Apa?" Mata Wayne terus terbeliak.

"Dia telah membunuh seseorang di depan pintu Akademi Magore. Tetapi nasib baik dia sempat menggunakan Medal Sembilan Bulan. Rasanya tiada sebarang isu nanti." Butler tua itu cuba memujuk.

"Medal Sembilan Bulan? Tak guna juga!" Wayne dapat berfikir dengan lebih waras.

Walaupun dia baru berusia 9 tahun, tetapi disebabkan kawasan persekitaran yang sangat kejam ini, dia mempunyai pemikiran lebih matang.

Dia terus menjerit, "Kuasa di sebalik keluarga White sangat hebat, mereka akan mengambil alih semua pekerja di setiap peringkat proses pengadilan!"

"Abang tiada peluang untuk berjaya!"

"Di mana dia sekarang? Aku ingin pergi!"

Selepas berkata, dia terus merangkak keluar dari katil.

"Tetapi badan kau…"

Selepas mendengar kata dari Wayne, butler tua itu tersentak. Dia tidak faham perkara seperti ini.

"Jangan risau! Aku sudah semakin pulih."

Wayne memberi arahan dengan tegar, "Bawa aku ke sana!"

Sudah lama Dewan Pengadilan Menara Ashes tidak digunakan.

Tetapi hari ini, ia penuh dengan ahli sihir yang datang dari semua kawasan Menara Three Ring. Mereka datang untuk melihat proses ini.

Seseorang telah membunuh secara terang-terangan di depan pintu Akademi Magore. Situasi ini memang di luar jangkaan.

Boleh dikatakan pihak itu mencari maut.

Tetapi siapa sangka bangsawan bernama Marvin itu memiliki Medal Sembilan Bulan!

Medal Sembilan Bulan!

Ini penghargaan yang diberi oleh Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Hanya ahli Persekutan Ahli Sihir Selatan yang banyak berbakti dan memberi sumbangan akan menerima penghargaan ini!

Tidak banyak bangsawan di kawasan selatan mempunyai penghargaan seperti ini. Punca dia dikenali dengan nama Medal Sembilan Bulan kerana Persekutan Ahli Sihir Selatan ditubuhkan pada Bulan Sembilan.

Semua pemilik Medal Sembilan Bulan orang yang terkenal.

Sudah tentu terdapat juga beberapa dari mereka bangsawan yang semakin kurang kuasa seperti Baron Marvin yang akan mengalami proses pengadilan pada hari ini.

Selain dari ahli sihir, terdapat ramai juga bangsawan yang hadir untuk menonton.

Mereka ini semua datang untuk mendaftar anak mereka dan sesetengah dari mereka melihat bagaimana Marvin membunuh. Sebab itu mereka datang melihat.

Bagaimana ia akan berakhir?

Tiada siapa yang dapat meneka.

Marvin berdiri seorang diri di atas platform tinggi seperti diasingkan dari dunia.

Proses pengadilan sudah habis. Sekarang ini menunggu keputusan dari juri yang dihantar dari Persekutuan Ahli Sihir Selatan.

"Rasanya tiada sebarang isu," Marvin mengomel.

Ketika mereka bertanya siapa saksi, budak perempuan kecil itu terus menerangkan bagaimana perkara yang berlaku dengan jujur.

Dia juga berkata Marvin telah difitnah sebelum ini.

Dalam keadaan seperti itu, juri sepatutnya dapat memberi keputusan dengan mudah.

Tetapi ketika ini, keadaan menjadi tegang. Tiga juri itu bertekak sesama mereka dari tadi.

"Adakah ini perlu?" Marvin berkerut.

Dalam sepuluh minit kemudian, salah satu juri itu mula berkompromi.

Seorang lagi berdiri dan berkata dengan kuat, "Aku akan umumkan keputusan pengadilan kali ini."

"Baron Marvin telah membunuh secara terang-terangan di depan pintu masuk Akademi Magore, tambahan lagi orang yang dibunuh itu ialah perintis ahli sihir. Ini kesalahan yang sangat besar."

"Kami membuat usul untuk memberikan kuasa penentu bukan kepada kami juri tetapi melalui proses mahkamah."

"Sebab itu keputusan juri untuk mengikut proses seterusnya, pembicaraan untuk jenayah Baron Marvin!"

Pembicaraan!

Kata ini menyebabkan suasana menjadi huru-hara!

Keputusan ini seperti mengatakan Marvin bersalah!

Ini memang isu dari tiga juri itu.

Semua orang faham tidak kira ahli sihir atau bangsawan dari proses pengadilan ini. Selepas saksi memberikan keterangan yang jelas, ini keputusan yang dibuat?

Mengikut tradisi proses pengadilan, paling kuat hukuman yang Marvin akan terima ialah penalti dari segi ekonomi.

Tetapi keputusan untuk melakukan pembicaraan!

Ini bermaksud Marvin telah dituduh di dalam mahkamah Persekutuan Ahli Sihir Selatan!

"Adakah ini bermaksud ahli sihir yang dibunuh itu mempunyai hubungan dengan kuasa besar?"

"Aku dengar keluarga Unicorn terbabit dalam isu ini."

"Aku juga dengan Marvin fikir dia dapat melepaskan diri selepas mengamuk dengan menggunakan Medal Sembilan Bulan itu. Keputusan ini seperti melanggar tepat ke dinding."

"Habislah dia."

Semua orang berbincang di antara mereka.

Marvin berdiri di situ dan wajahnya bertukar muram.

Ada orang yang membuat helah.

Dia rasa sangat bengang.

Tetapi dia tidak takut.

Pembicaraan?

Hmpf…

Dia tidak dapat menahan diri dari melihat budak perempuan kecil yang duduk di kandang saksi itu.

Seperti yang dijangka, muka budak perempuan itu juga penuh dengan perasaan marah.

Jika dia tiada di situ, Marvin akan rasa lebih risau bagaimana untuk membersihkan diri dari tuduhan jenayah ini.

Tetapi disebabkan dia ada di sana, rasanya tiada sebarang masalah nanti.

Dia telah meminta juri pengadilan dari Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Dan semua juri ini telah digantikan.

Bagi mahkamah pula, ini dalam bidang kuasa Menara Ashes.

Pembicaraan ini akan berlangsung dan Mahaguru Menara Ashes berada di pihaknya. Sebab itu Marvin tidak gentar.

Pada masa itu, dapat di dengar suara dari jauh, "Abang!"

Marvin terkejut. Dia perasan ada seseorang berjalan dengan bantuan butler tua.

"Budak itu terjaga secepat ini?"

Senyuman mula terukir dari wajah Marvin.

Keadaan ini membuatkan penonton rasa ingin tahu.

Mereka tahu tentang keadaan Wayne, dan Marvin juga datang ke Menara Three Ring kerana Wayne. Jika tidak, memang dia tidak tujuan untuk tinggalkan wilayahnya ketika ini.

Wajah Wayne nampak pucah dan bibirnya lebih pucat.

Dia mengetap gigi dan tiba di depan Marvin.

Selepas melihat Wayne, Hanzer juga tidak dapat mengawal diri dari bangun dari kerusi dan pergi ke arah Wayne. "Kau perlu berehat. Biarkan Baron Marvin uruskan perkara ini."

"Aku mahu melihat abang aku," Wayne berkata dengan tegas.

Hanzer mengalah dan pergi ke tepi.

"Adik, aku telah bunuh teman wanita kau. Kau tidak benci aku?"

Marvin berjenaka.

Wayne melihat Marvin berdiri seorang diri di platform dan menunggu masa untuk melalui proses pembicaraan. Matanya terus menjadi merah.

"Jangan menangis. Ingat. Kau anak jantan." Suara Marvin menjadi sangat tegas.

"Abang, aku faham." Wayne mengetap gigi.

Dia berdiri di situ melihat Marvin.

Semua orang rasa terharu. Situasi adik-beradik ini sangat sukar.

Marvin melihat Wayne tepat pada matanya dan berkata:

"Pergi cari tempat untuk duduk. Kau perlukan rehat yang cukup."

"Aku baik saja."

"Tenang, tiada siapa akan cederakan kau ketika aku ada di sini!"

"Aku berjanji di bawah kerambit aku."

Ini satu perjanjian di dalam lubuk hatinya.