Ketika itu peperangan yang penuh huru-hara terus meletus.
Pihak dari Lautan Astral tidak dapat bersabar lagi.
Barisan pertahanan Feinan yang diwakili oleh Marvin telah berkali-kali mencari pasal melebihi tahap kesabaran mereka. Manusia biasa yang merupakan semut pada mata mereka ini berani untuk bersikap penuh angkuh pula. Ini merupakan penghinaan paling besar terhadap Hamba Divine yang sentiasa bangga menyembah Dewa mereka itu.
Baki sembilan belas pakar itu juga turut serta selepas Dewa Menggila menyerang.
Marvin memegang Pedang Sodomnya dengan erat.
Dia tahu yang mereka perlu menguruskan serangan ini dengan teratur.
Jika tidak serangan seterusnya bukan sekadar menguji sahaja. Ia akan menjadi pertempuran antara pihak Feinan dengan semua pihak Alam Semesta.
Tetapi perasaan seperti dikunci telah hilang sebelum dia membuat apa-apa.
Selain itu perasaan kenal dan aura hebat tiba-tiba meletus keluar.