Marvin dan Ivan mula berbincang perkara yang lebih serius selepas mereka selesai berbual tentang topik tersebut.
Kemunculan Tablet Takdir memang berkaitan rapat dengan nasib bagi semua makhluk yang tinggal di Feinan.
Elves Pokok yang merupakan salah satu kuasa paling besar di tenggara Feinan sudah tentu tidak akan melepaskan peluang ini dengan mudah.
Ivan secara jelas memberitahu yang dia akan mengetuai beberapa Elves Pokok dan Elves Laut untuk turut serta dalam persaingan bagi mendapatkan Tablet Takdir.
"Kemunculan Tablet Takdir ini sangat berbeza dari kemunculan semasa Era ke-3."
"Semasa Era ke-3, serpihan Tablet Takdir yang banyak telah berselerak di seluruh dunia dan ramai orang yang telah dapat serpihan itu. Ini memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi Dewa."
"Tetapi kali ini Tablet Takdir ke-4 muncul dalam bentuk sempurna."
"Menara tersebut juga muncul sekali bersama dengan Tablet Takdir ke-4."