"Syaitan Perkasa Molten…"
Suasana menjadi semakin cemas sambil Constantine mengeluarkan ayat tersebut dengan penuh kesukaran.
Pakar paling ganas di Neraka Sembilan telah tamatkan proses hibernasi dia dan mula melakukan huru-hara terhadap Feinan sekali lagi. Penjaga yang tua sudah tidak dapat menghalang kemaraan dia.
Walaupun O'Brien meluru ke depan dan tidak endahkan tentang sebarang bahaya serta menggunakan tubuh sendiri untuk menghalang Syaitan yang tidak terkira banyaknya…
Meskipun Pemerintah Molten yang muncul di depan kumpulan Constantine ini hanyalah Avatar sahaja…
Tetapi mereka memang rasa seperti tiada harapan lagi.
Syaitan Perkasa Neraka Sembilan merupakan Bidadari Berdosa Kuno. Bidadari Kuno mempunyai kekuatan yang setanding dengan Dewa Kuno.
Walaupun para Dewa Baru sebenarnya agak melecehkan buat mereka juga.
"Berpecah!" jerit Constantine.