Pandangan dan minda Marvin mula penuh dengan semua adegan tersebut!
Nasib baik Marvin telah biasa memproses data dari Sistem Menyerap Esens. Oleh itu minda Marvin mempunyai rintangan tertentu terhadap arus maklumat seperti ini. Jika tidak otak Marvin mungkin telah tercedera akibat dari impak aliran maklumat menakutkan yang banyak ini!
Marvin memang rasa sedikit lemah sambil kaki dan tangan dia mula kehilangan kekuatan.
Dia dapat melihat Specter Gelap yang tidak terkira banyaknya terbang keluar dari kepompong besar itu dan terus terjun ke arahnya.
Marvin mengetap gigi dan mengerahkan kekuatan yang masih ada untuk mengoyakkan Skrol Ghost Barrier satu demi satu!
Skrol berharga yang ditinggalkan oleh Witch Ular itu menjadi berguna ketika ini.
…
Persekitaran Marvin mula berubah.
Lapisan ilusi ini kelihatan seperti kota sesat tiga dimensi yang mengelilingi dia dan memerangkap Marvin di dalamnya.