Secara jujur, semakin kuat Sumber Divine oleh Dewa, semakin cepat tubuh fizikalnya membentuk semula.
Sumber Divine Putera Bayang sebenarnya agak biasa sebelum ini tetapi Sumber Divine dia telah menjadi agak hebat selepas menyerap kuasa Dewa Alam Kuno.
Sudah tentu perkara ini terdapat kelebihan dan kekurangannya. Kekurangannya dapat dilihat kerana dia telah kehilangan kebolehan untuk bersembunyi di Alam Bayang.
Di satu sudut yang lain pula, kebolehan memulihkan diri sendiri yang lebih pantas merupakan kelebihan yang ketara.
Walaupun Marvin ialah pembunuh hendap yang sangat bagus mengambil kesempatan ke atas kelemahan musuh tetapi kuasa Dewa Alam Kuno memang terlalu hebat.
Putera Bayang kekal mengawal Sumber Divine dia sambil menjerit dengan kuat dan bergerak menerusi Vorteks Bayang.