Dewa Naga Hitam memang tidak terfikir perkara itu akan sampai ke tahap ini!
Dia baru sahaja memandang ke tempat lain untuk seketika dan alam miliknya pula telah diceroboh!
Perkara yang lebih teruk lagi semua para Dewa sedang menunggu dalam formasi untuk menguruskan pencerobohan Binatang Astral tersebut.
Marvin telah bertindak pada waktu yang tepat kerana Dewa Naga Hitam tidak boleh bergerak untuk selamatkan alam dia sendiri.
"Macam mana dia mempunyai nasib yang sungguh baik?"
Dewa Naga Hitam rasa bengang dan terkejut.
Pada masa yang sama dia agak risau juga.
Dia hanya mempunyai dua Alam Kedua seperti itu sahaja.
Walaupun alam Sayap Naga Hitam tidaklah besar tetapi ia merupakan alam yang beroperasi dengan sungguh lancar. Dia telah menubuhkan Empayar Keturunan Naga di situ dan mengembangkan banyak pengikut Keturunan Naga di sana!
Martir itu juga berasal dari Sayap Naga Hitam.