Terdapat dinding kristal yang herot-benyot mula semakin rapat di atas langit itu.
Satu kubah masih lagi menahan serangan yang terbang ke bawah untuk menuju ke tanah yang cantik itu.
Seorang kelibat yang keseorangan masih lagi bertahan.
"Aku tidak dapat bertahan lebih lama lagi…"
Mukanya tersenyum pahit.
Terdapat berpuluh Dewa Baru di luar Kolam Magik Alam Semesta itu.
Dia pasti yang dia boleh menghapuskan kebanyakan dari mereka jika bertarung secara perang tanding satu lawan satu.
Tetapi sekarang dia seorang diri.
Eric telah mati dalam peperangan, Pelindung Selatan yang juga dikenali sebagai Raja Elven Agung sudah mati dalam peperangan dan termasuk juga Pelindung Utara tua yang tidak bernama juga sudah mati dalam peperangan.
Hanya dia sahaja yang masih tinggal.
Dia merupakan Sami Awan Abadi dan sentiasa mempunyai rupa pemuda yang tenang.
Tetapi ketika ini rambut di pelipisnya mula menjadi kelabu.