Hal berkaitan pemilihan kelas kedua merupakan isu yang sangat serius kerana tidak boleh berpatah balik selepas memilih.
Marvin sangat berpengetahuan dan dapat memikirkan enam kelas kedua yang hebat.
Setiap satu dari kelas tersebut sangat sesuai dipadan oleh Perantau Malam.
Kalau tidak disebabkan kemusnahan kolam magik alam semesta, kelas ahli sihir ialah pilihan paling bagus. Malangnya, Marvin tidak berani memilih kelas ahli sihir. Ini kerana setengah tahun akan datang, ahli sihir terkena efek paling teruk kerana bencana itu berbanding kelas yang bukan ahli sihir.
Walaupun dia tetap mahukan ahli sihir sebagai kelas kedua, Marvin perlu tunggu selepas kemusnahan kolam magik alam semesta dan memilih magik jenis baru yang dicipta oleh manusia.
Sebab itu ahli sihir ketika ini bukan pilihannya.
Bagi kelas yang lain, kesukaran ia untuk dapatkan kelas itu seperti mendapatkan kelas perantau malam.
"Biar aku uruskan perkara utama dulu untuk meningkatkan kelas utama ke kelas lanjutan dan barulah aku fikirkan kelas kedua mana patut aku pilih," Marvin buat keputusan.
Terlalu banyak perkara yang dia perlu buat dan selesaikan. Nasib baik masih ada masa lagi sebelum kemusnahan kolam magik alam semesta.
…
Marvin tidak lagi terserempak necromancer selepas membunuh penuntut necromancer itu.
Nasibnya agak baik dan dia tiba di utara Lembah Skull tanpa halangan.
Kawasan ini seperti Lembah Ghost. Tanpa pas, Marvin hanya boleh gunakan buku sihir Heiss untuk menipu pengawal hantu level rendah.
Tetapi sekarang dia mempunyai pas! Dia dengan mudah keluar dari bukit despair.
Langit masih lagi gelap ketika dia tinggalkan bukit despair seperti matahari baru saja terbenam.
Marvin mengagak dia berada di bukit despair dalam sehari. Dia masuk ketika waktu fajar dan keluar pada waktu senja.
Dia bernasib baik kerana tidak kerugian apa-apa.
Perjalanan yang seterusnya lebih mudah. Tetapi Marvin tetap memutuskan untuk berehat malam itu.
Kerana Marvin akan masuk ke kawasan pemilik pakar yang hebat.
Hanya beberapa orang di sekitar saja tahu kewujudannya kerana dia menggunakan Dense Fog, Illusionary Voice dan sihir yang lain untuk mewujudkan persekitaran yang pelik. Jika dia tidak melakukan langkah pertama, tidak ramai orang boleh mengganggunya.
Tetapi Marvin telah bersedia untuk melawatnya.
Walaupun pihak satu lagi tidak akan mencederakan dia, dia masih perlu menyimpan tenaga untuk berhadapan dengan perkara yang akan berlaku nanti.
"Aku perlukan tidur. Tubuh badan ini sangat lemah. Stamina badan ini juga sangat rendah."
Marvin terus terlantar di lubang dalam pokok using. Dia memakan bekalan dan minum air selepas itu terus terlelap.
…
Keesokan paginya, Marvin terus bergerak ke utara.
Di luar bukit despair terdapat lurah kecil dan di tengah lurah itu terdapat hutan berkabus.
Marvin berdiri di bukit kecil sambil memerhatikan kawasan sekitar. Walaupun sudah waktu tengah hari, hutan itu tetap berkabus lagi.
Hutan moonlight terletak di utara lurah ini. Ia sebahagian negara elven, rumah bagi beberapa elves pokok dan kebanyakan pedagang. Perjalanan dari hutan moonlight ke menara three ring mengambil masa setengah hari jika dia menggunakan belon udara panas.
"Aku tepat pada masanya."
Marvin terus turun bukit dan membuat keputusan untuk terus menyerbu masuk hutan berkabus itu tanpa meminta izin.
Hutan itu sangat sunyi tanpa sebarang bunyi boleh didengar. Rupanya semua binatang terlalu takut dan menyorokkan diri.
Semakin dalam dia masuk, semakin tebal kabus itu. Dari kabus itu setinggi buku lali sehingga sampai ke pinggang Marvin ketika ini.
"Rasanya dah makin dekat."
Marvin menyentuh lembut sebatang pokok, dan satu perasaan pelik mula timbul membuatkan dia tersenyum.
Ia tidak rasa seperti pokok.
Walaupun kekeliruan deria pandangan sangat efektif tetapi deria sentuh merupakan kelemahannya.
Dia kemudian mengeluarkan kain hitam dan terus membalut matanya.
Dia terus bergerak ke depan selama dua jam!
Sehingga suara garau bergema di sebelah telinganya. "Nampaknya kau telah berjaya selesaikan lorong sesat aku."
"Renjer yang menarik, buka penutup mata kau. Biar aku lihat bagaimana rupa kau."
Ia bahasa yang biasa.
Marvin membuka penutup matanya.
Kawasan persekitaran memang bertukar.
Kawasan hutan yang telah dan berkabus telah menjadi gunung batu. Terdapat juga gua tidak jauh dari situ.
Kawasan yang lain agak sunyi.
"Oh? Dia berjalan melepasi aku?"
Marvin perasan dia salah menghadap dan terus pusing ke belakang.
Di atas batu besar terdapat raksasa yang besar gila!
Pihak satu lagi melihat Marvin dengan penuh malas, kepaknya menutup seluruh badan, dan ekornya bergoyang dua kali tanda gembira.
Ini menunjukkan perasaan dia yang baik.
Ini naga tembaga merah!
Marvin tersenyum, dia sangat kenal lelaki ini.
[Professor], naga tembaga merah kuno dari zaman dahulu kala. Dia mempunyai kekuatan level legenda dan hati yang murni.
Dalam semua jenis naga, naga tembaga merah mempunyai reputasi yang sangat baik. Mereka makan besi dan galian. Jarang mereka mencederakan hidupan lain.
Mereka suka benda yang menarik terutama sekali teka-teki. Kebanyakan bard yang mengembara akan menerima kunjungan naga tembaga merah kerana mereka akan membawakan cerita dari tempat yang jauh.
Renjer selalunya amat disukai oleh naga tembaga merah ini. Tambahan lagi selepas Marvin menggunakan teknik mudah merungkai lorong sesat dibuat oleh naga tembaga merah itu.
Memang betul, kawasan tengah lurah ini sebenarnya bukit kecil.
Sebenarnya naga tembaga merah menggunakan sedikit muslihat untuk menukarkan bukit ini kepada hutan menggunakan magik naga. Sekurang-kurangnya dari segi orang yang melihat dengan mata kasar.
Tetapi lorong sesat naga ini mempunyai kelemahan. Marvin telah merungkai banyak kali di hayat sebelum ini.
Keadaan Professor ketika ini tidak cedera seperti diserang oleh naga merah kuno yang hidup di pulau gunung berapi berdekatan. Dia masih nampak penuh ceria.
"Hi Renjer." Mata naga tembaga merah itu berkelip dengan penuh perasaan ingin tahu, "Macam mana kau boleh merungkai lorong sesat aku?"
Marvin ketawa penuh misteri. "Adakah kau akan terima cabaran aku jika aku menjawab soalan kau?"
"Mencabar aku?" Naga tembaga merah itu tidak marah. Malahan dia rasa lebih berminat. "Maaf kalau aku terlalu berterus terang. Kau belum layak jadi lawan aku."
"Aku hanya perlu gunakan sedikit kuasa sahaja untuk memusnahkan kau."
Naga tembaga merah itu sangat jujur, terus melibaskan cakar seperti memberi tahu Marvin yang dirinya sangat kuat.
"Memang betul aku bukan tandingan kau lagi."
Marvin ketawa dan berkata, "Bukan, sebenarnya aku ingin mencabar diri sendiri."
"Aku dengar engkau mempunyai reputasi orang yang sangat bijak dan lucu. Sebab itu aku datang mencari kau."
"Aku ingin mencabar [Dunia Cermin] kau."
"Menarik, menarik," naga tembaga itu mengomel. Dia mengangguk dan berkata, "[Dunia Cermin] sangat bahaya, adakah kau ingin mencabarnya?"
"Memang betul," Marvin membalas. "Aku datang dengan tujuan untuk mengasah kemahiran aku."
"Aku boleh beritahu kau sekarang kenapa aku boleh melihat lorong sesat yang kau lancarkan kerana pokok di sini rasa seperti batu!"
Naga tembaga merah itu terus ketawa. "Jika macam itu, tiada masalah lain kali. Aku akan tambahkan [Confuse Perception] nanti."
"Aku rasa lain kali memang susah nak jumpa kau," Marvin berkata.
"Jika persembahan kau di dunia cermin memuaskan hati aku, aku akan membenarkan kau untuk datang semula."
Naga tembaga merah itu terus menggoyangkan ekor dan mencucuk galian dan menelannya.
"Aku suka wira yang datang untuk mencabar diri sendiri."
"Terlalu ramai ahli sihir di dunia ini. Mereka semua pengecut yang tidak akan membuat apa-apa kalau tiada keyakinan 100% untuk berjaya. Tiada ahli sihir yang pernah mencabar dunia cermin aku."
"Sila tunggu sebentar, aku akan siapkan dunia cermin berdasarkan kau. Aku akan tambah ganjaran pada setiap level untuk kau."
"Tunggu sini, ia akan bermula selepas sepuluh minit nanti!"
Marvin menarik nafas dengan dalam, menutup mata dan mula mengira.
Dunia cermin naga tembaga merah merupakan tempat bagi orang yang berani mencabar diri mereka sendiri.
Jika seseorang itu tidak berhati-hati, nyawa mereka mungkin akan melayang.
Tetapi ia juga ada tarikan lumayan!
Mengalahkan diri sendiri di dunia cermin akan menajamkan kemahiran diri sendiri. Bagi Marvin, dia ingin meningkatkan penguasaan level pisau belatinya.
Setiap kali dia mengalahkan musuh, dia akan menerima ganjaran dari [Professor].
Naga tembaga merah sangat suka mengumpul harta. Sebab itu ganjaran yang akan diberikan pasti sangat bagus.