Semua pelarian yang berlegar-legar di sekitar terus meluru dengan menggila apabila pagar bandar dibuka!
"Bagi kami masuk ke dalam! Kami telah menerima dekri Duke Agung untuk tinggalkan rumah kami dan datang ke pusat bandar! Kenapa kau tidak bagi kami masuk ke dalam pula?"
"Terdapat Iblis di kawasan luar. Macam mana kau boleh biarkan kami di luar sahaja?!"
"Lekas bagi kami masuk ke dalam!"
Semua pelarian yang ada mula menjerit semua rungutan mereka.
Marvin mengecilkan mata, Isabelle masih tidak mempunyai sebarang ekspresi dan orang di belakang mereka pula menjadi pucat lesi.
Mereka semua rasa gelisah dengan perkara yang berlaku itu!
Apa yang telah terjadi? Adakah terdapat sesuatu yang telah berlaku di pusat bandar sehinggakan mereka tidak menerima pelarian lagi?
"Tuanku?" Isabelle bertanya dengan perlahan.
"Lebih baik kita tengok sahaja buat masa ini," cadang Marvin.