Situasi yang berlaku ketika ini berkembang dengan cukup pantas dan Marvin hanya boleh mengikut sahaja aturan yang telah dibuat oleh Hathaway.
Dia agak risau tentang keselamatan Isabelle. Walaupun dia dapat meneka dari nada Bandel itu yang tiada sebarang ancaman terhadap nyawa Isabelle buat sementara waktu tetapi macam mana Marvin boleh rasa tenang apabila gadis yang berbakat ini berada di tangan orang gila?
Lelaki tersebut juga telah menangkap Molly.
Griffin sudah mati tetapi budak perempuan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap Marvin. Marvin telah berjanji terhadap diri sendiri untuk tamatkan semua ini jika dia mampu.
Langkah pertama yang dia akan buat ialah membunuh avatar Dewa Wilderness!