Kedua-dua belah pihak telah perasan terdapat seorang gadis cantik berdiri antara mereka yang muncul dari entah mana.
Dia muncul secara perlahan-lahan dari tepi sungai kecil itu sambil membelakangi dua Pelindung Mimpi dengan ekspresi yang tenang.
Marvin dapat rasakan yang dia agak kenal dengan gadis ini.
Tetapi Marvin tidak dapat mengecam dia.
"Mata merah tersebut…"
Marvin seperti perasan sesuatu.
Tetapi gadis tersebut bertanya sekali lagi, "Adakan dua orang itu musuh kau?"
"Oi," Swift berkata dengan tidak sabar, "Manusia biasa, lebih baik kau jangan masuk campur dengan urusan kami jika tidak mahu mati."
"Walaupun aku tidak suka untuk membunuh wanita tetapi jika kau berfikir untuk mengganggu dengan arahan kami terima, hmpf."
Niat membunuh terpancar pada mata gadis tersebut. "Aku sudah faham. Mereka musuh kau."
Marvin bertanya dengan rasa curiga, "Siapa kau?"