Tanah Pemburuan ini masih lagi penuh dengan bau asid.
Tetapi agak pelik kerana tanah di sini dalam keadaan baik sahaja.
Marvin bergerak dengan penuh tabah, meresap ke dalam kawasan liar dan bertukar menjadi bayang yang laju dan ringan.
Dia sampai ke kumpulan tersebut tidak lama selepas itu.
"Kuil Mimpi?!"
Marvin mengecilkan mata tetapi tiada sebarang tanda gelisah di dalam hatinya.
Mereka ini bukan bersama dengan dua Pelindung Mimpi tersebut.
Nampaknya mereka seperti dari kumpulan lain.
"Rasanya ini ialah pasukan Kuil Mimpi dari Bandar Holy Light."
Marvin perhatikan keadaan sekeliling dengan teliti dan perasan mereka sedang mengepung binatang yang sangat pelik.
Binatang itu mempunyai enam mata, badan seperti harimau bintang dan kebolehan bergerak dengan pantas yang sungguh mengejutkan.
Ini merupakan hidupan jarang sehinggakan Marvin yang berpengetahuan tinggi juga tidak pernah melihat sebelum ini.