Sinaran yang dingin kerap terpancar di dalam lembah ini. Semua manusia itu langsung tidak menjerit atau membuat sebarang reaksi. Mereka semua mati di tangan Marvin.
Marvin terpaksa buat perkara ini.
Ini merupakan Tanah Gersang Merah yang merupakan salah satu tempat paling kejam di Alam Semesta. Mereka semua telah hilang kewarasan dan tidak mampu untuk terus hidup di sini lagi.
Lebih baik memberikan ketenangan kepada mereka seperti yang Baro cakap.
Tetapi Baro telah perasan yang dia masih hidup lagi apabila pedang itu berhenti.
"Mereka semua merupakan orang yang tiada harapan untuk terus hidup lagi. Oleh sebab itu aku membunuh mereka," kata Marvin dengan suara yang lembut, "Tetapi kau bukan seperti itu."
"Aku bukan lagi Manusia," kata Baro dengan penuh rasa perit. "Aku tidak kisah lagi. Aku rasa sesiapa sahaja tidak akan kisah lagi selepas kehilangan semua rakan dan kaum kerabat mereka, betul tak?"