Naga Hitam Ikarina bukan bertindak seorang diri. Terdapat seorang lelaki berjubah biru yang berada di sebelah Ikarina ketika ini.
Memang tidak sukar untuk membuat tekaan yang orang tersebut ialah Naga Biru Kuno.
Mereka berdua sedang berbisik dan nampaknya sedang berbincang tentang satu persetujuan.
Marvin tidak dapat faham apa yang mereka sedang bincangkan itu kerana mereka berbual menggunakan bahasa Draconic.
Tetapi Ikarina dapat mengesan kehadiran Marvin sebelum ini. Oleh sebab itu ia telah membuatkan Marvin teringat supaya bertindak lebih berhati-hati kerana Persepsi milik Naga nampaknya seperti tidak terkesan dengan banyak di Altar Kromatik atau di dalam kuil ini.
Kekuatan Naga Biru boleh dikatakan sederhana sahaja tetapi semua Naga yang ada di sini ialah Naga Kuno.
Walaupun Marvin mempunyai Tangisan Langit di tangan tetapi memang sangat sukar bagi Marvin untuk berhadapan dengan Naga yang boleh menggunakan magik.