Disebabkan kedua-dua belah pihak bersetuju maka proses yang seterusnya ialah membincangkan terma perang tanding itu.
Marvin menyorok di satu sudut dan melihat dengan dingin sambil perhatikan mereka berbincang perkara tersebut.
Askar ini memang terlalu lembut hati… Dia percaya pula kata-kata oleh perompak itu.
Lelaki bernama Senma itu pasti tidak akan ketepikan sifat tamaknya walaupun kalah.
Dia pasti sudah mensasarkan makanan dan senjata yang ada di dalam Suaka itu.
Oleh itu apa tujuan sebenar perang tanding ini?
Marvin berkerut sambil membuat spekulasi, "Dia ingin menguji kekuatan askar tersebut melalui perang tanding."
"Dia mungkin akan menyerang ketika pihak satu lagi tidak bersedia semasa perang tanding."
Seperti yang dijangka Senma menggunakan ayat kod semasa berundur untuk bercakap dengan ahli perompaknya.
Semua perompak itu pasti mempunyai kata sendiri yang merujuk kepada benda tertentu.