Orang yang berada di belakang askar menjadi pucat apabila mendengar ayat tersebut.
Mereka rasa resah dengan situasi yang berlaku.
Sudah tentu jurang perbezaan kekuatan terlalu besar.
Marvin meneka kumpulan askar itu ditugaskan untuk mempertahankan tempat pelarian ini ketika Bencana melanda.
Bandar Steel seperti yang dijangka sebagai bandar ketenteraan telah bertindak apabila bencana melanda.
Pihak atasan bahagian ketenteraan mengarahkan untuk membawa orang yang tidak boleh berlawan ke Suaka.
Tetapi mereka tidak dapat uruskan perkara yang berlaku selepas itu.
Raksasa Ahli Sihir yang mengamuk telah memusnahkan segala-galanya.
Kebanyakan askar mati di dalam kawasan bandar.
Hanya ada beberapa orang dari mereka sahaja yang terselamat ketika permulaan huru-hara dan masih mampu untuk mempertahankan tempat pelarian dengan segala kekuatan yang mereka ada.