Marvin memang hampir rasa yakin dengan Konsul Burung Hijrah yang cuba untuk mengadili dan menghukum Endless Ocean jika bukan disebabkan permintaan di akhir ayat surat itu.
Nampaknya ada udang di sebalik batu.
Berdasarkan apa yang Marvin tahu, walaupun Konsul Burung Hijrah merupakan sekumpulan orang yang tidak fleksibel tetapi ia masih lagi organisasi yang dibina oleh Druid Agung yang adil.
Terutama sekali ketua mereka iaitu Pengerusi Ent Tua yang dikatakan makhluk paling dekat dengan Dewa Nature.
Nampaknya perkara mengarut ini merupakan alasan untuk End Tua bertemu Marvin.
Tetapi apa sebenarnya Hutan Supreme inginkan dengan Marvin?
Marvin tidak pasti tetapi dia perlu uruskan perkara berkenaan Endless Ocean dengan teratur.
Marvin pasti tidak akan dapat membunuh Phoenix Gelap banyak kali dan pembunuhan kali terakhir juga tidak akan berlaku jika Endless Ocean tidak mencuri tiang totem dan berpisah dengan Konsul Burung Hijrah.