Marvin dapat rasakan kesakitan yang perit pada bahagian bawah abdomen dia. Dia tidak menjangka Hathaway sudah dapat bergerak kembali.
Tambah lagi perkara pertama yang dia buat selepas pulih ialah menyerang Marvin dengan kejam!
Walaupun Azuk Fist merupakan sihir tidak berbentuk tetapi ia dikumpulkan buat masa yang lama dan digunakan berkali-kali.
Marvin terkena serangan penumbuk itu secara terus dan telah tercampak ke bawah dari puncak gunung sehingga terhempas ke tanah di bawah.
Nasib baik dia Legenda ketika ini dan badan dia juga lebih kuat. Jika tidak dia pasti sudah hampir mati ketika ini.
Tetapi impak dari serangan tersebut membuatkan Marvin rasa pening kepala.
Marvin sedang kesakitan sambil bernafas dengan tercungap-cungap dan tidak mampu untuk berkata apa-apa.
Log yang terpapar itu memberitahu yang tiga tulang rusuknya retak dan mengalami kecederaan dalaman!