"Kau akan mati jika kau berani untuk sentuh aku!" Hathaway memberi amaran dengan tegas.
Tetapi mukanya yang muda itu tidak memberi sebarang ancaman. Sebaliknya dia kelihatan sangat comel.
Marvin tidak anggap dia sebagai satu bahaya.
Walaupun Hathaway di depan matanya ini telah berubah tetapi dia masih lagi wanita yang memilih untuk mengurung diri sendiri di Pulau Black Coral untuk selamatkan dia.
Kebanyakan orang mungkin tidak perasan tetapi Marvin dengan Persepsi sebagai Pemerintah Malam dapat melihat dengan jelas yang Hathaway sedang membesar dengan kadar yang sangat pantas.
Dia mungkin akan kelihatan seperti orang dewasa selepas beberapa hari.
Marvin meneka kepantasan dia membesar akan menjadi perlahan semula menjadi normal apabila Hathaway mencecah umur yang tertentu.
Mesej dari Raja Elven Agung mengatakan yang Hathaway telah pecahkan sumpahan itu tetapi dia mungkin tidak sama seperti dulu.