Marvin yang berada di puncak itu memang terkejut beruk apabila melihat gerombolan Raksasa Ahli Sihir itu.
Dia telah menjangka Phoenix Gelap akan buat sesuatu selepas Bencana Besar bermula tetapi tidak sangka yang wanita ini mampu perdayakan ramai Ahli Sihir level rendah.
Tetapi dia mungkin telah menggunakan Kuasa Divine yang banyak serta kuasa jenis lain yang mungkin sebahagian dari jiwanya untuk melakukan perkara ini.
Lima ribu Raksasa Ahli Sihir memang bala tentera yang sungguh menakutkan tambah lagi dengan adanya Kuasa Magik Chaos.
Tempat lain pasti akan hancur jika diserang seperti ini.
Nasib baik Marvin telah membuat rancangan untuk menghadapi pelbagai jenis kemungkinan termasuk kemungkinan paling teruk yang boleh terjadi iaitu binatang buas yang menjadi korup oleh Kuasa Magik Chaos meluru beramai-ramai ke Lembah White River.
Dia masih ada jawapan untuk situasi ini.