Halaman di istana bernyala dengan terang malam ini.
Bukan sahaja semua orang dari keluarga Cridland telah kumpul di istana, malah semua bangsawan di Lavis juga berkumpul di sini.
Semua orang tahu apakah maksud persembahan malam ini.
Banyak bangsawan dan orang biasa mengelilingi tembok bandar.
Mereka menyambut perayaan Hari Berehat Musim Sejuk sambil cuba untuk mendapat tahu keputusan Duke Agung dengan sepantas yang boleh.
Ramai yang risau manakala terdapat ramai yang fikir kejayaan berada di tangan mereka.
Secara ringkas terdapat pelbagai jenis emosi yang menjadi-jadi disebabkan perebutan kuasa ini.
Tetapi Lavis Dukedom lebih mudah jika dibandingkan dengan negara Utara yang lain.
Penyihir biasanya akan bercakap menggunakan penumbuk mereka.
Ini antara sebab kenapa Turalyon tidak berani untuk bertindak dengan terburu-buru walaupun hampir mengawal semua kuasa di pusat bandar ketika ini.