Kata-kata dari Duke Agung itu sangat meyakinkan.
Nada dia juga sangat ikhlas dan Marvin dapat rasakan yang dia tidak menggunakan sebarang sihir untuk memperdayakan Marvin.
Kata-katanya itu memang datang dari lubuk hatinya.
[Diross Cridland].
Nama ini bermain-main di dalam minda Marvin umpama sumpahan.
Duke Agung itu bertanya dengan serius, "Adakah kau benar-benar melihat dia?"
Marvin mengangguk. "Ketika di Neraka Sembilan."
Duke Agung terdiam untuk seketika. Dia mula mengurut dahi sambil memikirkan perkara ini. "Aku telah berusaha keras untuk mencari kesan dia dalam masa beberapa tahun ini. Tetapi dia memang cukup licik. Dia tetap dapat menghalang kebolehan aku untuk mencari dia walaupun aku dapat rasakan sedikit reaksi oleh dia."
"Aku hanya tahu yang dia masih lagi ada di dunia ini. Sebenarnya aku sudah tahu niat dia untuk mendapatkan kepala Syaitan Perkasa Diross itu. Ini kerana kami saling bersambung."