Di belakang Rumah Penginapan Fierce Horse.
Pencuri muda itu menguap disebabkan kebosanan.
Tugasan ini sangat membosankan. Sasaran kali ini adalah pelawan separuh-elf yang dimahukan oleh majikan yang mengupah mereka. Tetapi, bosnya hanya menyuruh mereka memerhatikan sahaja dan memaklumkan sebarang pergerakan pada setiap waktu yang ditentukan sahaja.
"Ah…Siapa yang akan keluar pada waktu malam begini? Tambah lagi jika dijumpai pengawal akan menimbulkan banyak masalah." Pencuri itu cuba bersengkang mata dari tertidur.
Bos Kumpulan Acheron adalah sangat bercita-cita tinggi dan tidak puas dengan hanya mengutip wang perlindungan dalam skala kecil sahaja. Dia cuba untuk mengembangkan pengaruhnya dalam dunia penjenayahan. Setiap ahli mengetahui sebarang kesilapan boleh menyebabkan nyawa mereka tergadai.
"Hmmm? Bunyi apa tu?"
Dengan rasa waspada Pencuri itu melihat di belakangnya. Lorong gelap itu nampak sunyi dan hanya dia seorang sahaja yang ada di situ.
'Adakah aku paranoid?' Pencuri itu pun berkerut seketika, sebelum perlahan-lahan berlalu pergi.
…
"Persepsi pencuri itu agak mengagumkan."
Reaksi Pencuri itu mengejutkan Marvin menyebabkan dia berundur setengah langkah.
Kemahiran [Stealth] Renjer lemah dikawasan bandar berbanding kemahiran [Stealth] Pencuri disebabkan penalti kelemahan sebanyak 40%. Nilai 24 kemahiran [Stealth] adalah lebih rendah dari nilai Persepsi Pencuri tersebut. Disebabkan dia bukan di kawasan rimba maka Renjer tidak mempunyai kelebihan.
Nasib baik Marvin dapat berkira-kira radius Persepsi Pencuri terbabit.
Jantung Marvin seakan-akan berhenti berdegup seketika. Jika dia cuba untuk lebih mendekati, pastinya Pencuri itu akan menyedari kehadirannya. Oleh itu pastinya dia akan memberitahu yang lain dan masalah malam ini akan menjadi bertambah rumit.
Marvin menyembunyikan diri di kawasaan yang gelap sambil termenung dan berfikir sejenak adakah dia ingin mengagihkan kesemua 20 nilai kemahiran yang ada. Dia pun mengagihkan kesemua nilai kemahiran kepada kemahiran [Stealth]. Walaupun nilai kemahirannya itu tidak cecah 50 mata untuk ke peringkat seterusnya tetapi 44 nilai kemahiran adalah cukup pada saat ini.
Apabila dia selesai meningkatkan kemahirannya, dia sekali lagi menerpa ke arah Pencuri tersebut.
Seperti yang dijangka, kali ini Pencuri tersebut tidak bertindak balas dan hanya fokus memerhatikan pintu belakang rumah penginapan itu.
Marvin pun berjalan dengan senyap ke arah belakang pencuri tersebut dan menerkamnya. Kali ini dia dengan pantas dan kemas menutup mulut pencuri itu dengan tangannya dan melancarkan kemahiran [Cutthroat], menyebabkan darah memercik ke merata tempat.
Selain dari bau darah yang tersebar di udara, tiada kesan serangan yang tertinggal untuk dikesan.
Marvin pun dengan pantas menguruskan mayat Pencuri level 2 tersebut. Dia sempat menjumpai beberapa bahan membuat perangkap dan juga 30 keping perak. Samseng ini boleh dikatakan agak tidak kaya kerana kelengkapan mereka lebih teruk dari kerambit yang Marvin miliki. Ianya digunakan hanya untuk menakutkan netizen dan tidak berguna dalam pertempuran di antara pengembara.
Marvin menyeret badan Pencuri itu ke longkang. Tubuh badan orang yang dibunuh akan ditemui di sana setiap hari. Selain daripada mereka yang mencari mayat, tiada siapa yang ingin pergi ke tempat ini.
Marvin pun memasuki rumah penginapan secara hendap dengan masih menggunakan kemahiran [Stealth] dan menaiki tangga untuk pergi memasuki bilik.
Apabila pintu bilik dibuka, satu sinar cahaya pantas berlalu menghala ke arah lehernya.
"Samseng celaka! Apa yang engkau hendak lakukan?" Wanita dingin itu berkata.
Marvin pun memaksa diri untuk tersenyum, "Kakak Anna, ini akulah!"
"Tuan Muda Marvin?"
Lilin pun dinyalakan untuk menerangi sedikit bilik yang gelap itu.
Anna memegang lilin di tangan kirinya manakala di tangan kanan dia memegang sebilah pedang. Riak wajah Anna amat terkejut.
"Bukankah kau kata engkau tidak balik pada malam ini? Aku ingatkan engkau bermalam di Gereja Silver."
Marvin pun menggeleng kepala. Walaupun Gereja Silver menyediakan tempat penginapan untuk disewa tetapi kadar sewaannya adalah amat mahal.
"Dengar sini Anna, kita hanya mempunyai masa 15 minit sahaja," Marvin pun berkata. Matanya memandang ke merata tempat di bilik dan cuba memastikan tiada yang pelik dan mendapati langsir menutupi tingkap dengan rapat.
"Adakah kau menemui sesuatu?" Dia pun memandang ke Anna.
Anna teragak-agak dan kemudian menggunakan pedangnya menghala ke arah di luar tingkap. "Kata-kata kamu mengingatkan saya untuk meninjau persekitaran dan mendapati orang-orang di jalan mensasarkan ke arah bilik kita."
"Orang Kumpulan Acheron." Marvin mengangguk dan menambah, "Dua di pintu depan dan seorang di pintu belakang."
"Tuan Muda Marvin! Bagaimana kau boleh…" Anna pun terkejut dengan perubahan Marvin yang berubah dari perangai asalnya.
"Sekarang bukan masa untuk memberikan penerangan," Marvin berkata dengan tegas. "Anna, percayalah dengan aku. Masa aku pulih dari demam, aku berasa lebih jelas dan sedar apa yang harus dilakukan. Tambahan pula aku mendapat tunjuk ajar."
"Tunjuk ajar?" Anna berasa lebih keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Marvin yang kini agak misteri.
Marvin pun berdalih. ""Pada masa aku tidak sedarkan diri, aku kerap bermimpi banyak mengenai seorang lelaki yang mendakwa sebagai guru aku. Dalam mimpi itu, dia mengajar aku banyak perkara. Selepas itu aku pun mengikuti apa yang diajarinya dan telah memperoleh hasilnya. Tengok!"
"Lencana Renjer? Tuan Muda Marvin, bagaimana kau boleh menjadi Renjer? Macam mana kau lakukan?"
Anna pun terkejut dan berfikir, "Apabila orang biasa ingin menjadi pengembara, mereka memerlukan latihan bertahun-tahun tetapi Tuan Muda Marvin tidak pernah melakukan latihan pertempuran sebelum ini. Lencana Renjer ini bukan yang palsu, kan? Adakah dia ditipu lagi?"
Apabila difikirkan dua teori di antara Marvin berubah dan menjadi Renjer, Anna lebih cenderung kepada teori Marvin ditipu.
Marvin tahu yang Anna tidak mempercayainya selepas melihat reaksi dan raut wajah Anna. Dia pun berkata dengan nada yang tegas, "Ambil barang yang penting dan tinggalkan barang yang lain. Oh, jangan lupa tinggalkan surat kepada tuan Rumah Penginapan ini untuk menguruskan barang kita ini dan akan datang semula di kemudian hari.
"Aku perlukan bantuan kau sekarang!"
Percakapan Marvin yang tegas itu membuatkan Anna terpaku. Dia bersumpah untuk mencari orang yang menipu Tuan Muda Marvin dan mengeratnya kepada beribu-ribu bahagian.
Tapi buat masa sekarang dia hanya mampu mengangguk dan setuju. Dia telah bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan kerana telah dilatih sejak kecil untuk menjadi pengawal peribadi dan juga pembantu yang serba boleh. Oleh sebab itu dia merupakan aset yang berharga bagi Lord Lembah White River. Apabila Marvin membuat keputusan, dia hanya mampu untuk memenuhi kehendaknya.
Mereka berdua pun berkemas dan beredar secara senyap dari pintu belakang.
…
Di lorong yang sunyi itu, Marvin pun berkata,"Aku perhatikan sebelum ini, ahli Acheron yang mengawasi ini akan bertukar setiap 20 minit dan berkomunikasi dengan menggunakan siulan dari burung francolin. Tiga siulan bermaksud kesemuanya dalam keadaan normal. Malangnya kita tidak mempunyai apa-apa yang mampu untuk meniru bunyi tersebut. Disebabkan itu masa kita agak terhad."
"Aku tidak paham apa yang kau maksudkan." Anna pun berbisik, Kau kata ada lagi seorang yang menghendap di pintu belakang tetapi di mana orangnya?"
Marvin pun batuk dan berkata, "Di belakang itu di dalam longkang."
Anna tergamam mendengarnya dan mindanya tidak dapat memproses. Dia tersedar yang Tuan Muda Marvin yang baik hati dikenalinya telah membunuh seseorang dengan tangannya sendiri.
Dia tidak dapat memahami perubahan yang pelik berlaku di diri Marvin.
Seorang lelaki bijak pernah mengatakan bahawa potensi manusia adalah tidak terbatas. Apabila seseorang berada dalam keadaan terdesak, beberapa perubahan akan berlaku, sama ada baik atau buruk, tidak kira bagaimana ia berubah, manusia akan sentiasa meneruskan kehidupan.
Pada ketika ini, Lembah White River dan juga Tuan Muda Marvin telah menderita dan ini menyebabkan budak 14 tahun ini terbeban. Tidak mustahil untuk Tuan Muda Marvin yang baik hati berubah kepada orang yang tegas dan kejam.
Dia hanya risau yang Marvin akan terjerumus ke arah kegelapan.
Oleh sebab itu, disebabkan pemerhati di belakang ini telah diuruskan oleh Marvin, berapa masa yang mereka ada untuk pemerhati yang lain sedar akan kehilangannya.
Disebabkan itu Marvin berkata yang mereka tidak mempunyai banyak masa.
"Biar aku bunuh mereka." Anna pun menunjukkan aura pembunuhan. Sebentar tadi Marvin memberitahu bagaimana dia menghadapi serangan yang dilakukan oleh ahli Kumpulan Acheron dan bagaimana dia mengikuti tunjuk ajar dari guru yang semasa dalam mimpinya untuk menangani krisis ini dan pulang ke rumah penginapan.
Ini menyebabkan Anna berasa terkejut dan amat marah. Sesiapa yang berani menggugat keselamatan Tuan Muda Marvin, dia tidak akan melepaskan orang itu.
"Bukan Bukan Bukan, Anna! Jika aku ingin membunuh mereka aku tidak akan meminta pertolongan kau."
Marvin pun dengan tenang meneruskan, "Kita perlukan seorang tawanan hidup."
"Hidup?" Anna berkerut.
"Ini disebabkan aku ingin tahu dalang yang ingin membunuh aku. Kumpulan Acheron tidak akan bertindak sebegini melainkan seseorang telah mengarah untuk melakukannya.
Marvin berbisik, "Pada pandangan aku, tidak ada sesiapa pun yang mempunyai masalah dengan keluarga aku di Bandar River Shore."
"Tidak!" Anna seperti teringat sesuatu dan terkejut seterusnya berasa amat marah.
"Apa yang berlaku? Anna?" Marvin bertanya.
"Tuan Muda, aku rasa aku tahu siapa dalangnya."
Anna mengetap giginya. "Sejak kebelakangan ini, aku telah dipaksa untuk membuat kerja kasar di rumah Pakcik Miller tuan. Aku ada terdengar dahulu secara tidak sengaja yang dia mempunyai pertalian rapat dengan Samseng Acheron.
"Ketua Samseng Acheron iaitu Diapheis, mengunjungi rumah pakcik tuan beberapa hari yang lepas dan keluar dengan barang kemas yang banyak! Tukang masak bernama Tina pernah melihat dan pernah mengumpat pada masa itu dan aku tidak mengambil berat tentang maklumat tersebut pada masa itu.
"Sekarang boleh dikatakan suspek dalang yang ingin membunuh tuan adalah Pakcik Miller tuan!!!"
"Pakcik Miller?" Marvin termenung dan cuba mengingatinya.