Dua lelaki itu segera tinggalkan kawasan ke-3 dan mayat Binatang Astral.
Marvin dengan penuh berhati-hati kembali semula ke Menara Runtuhan Terbiar berdasarkan informasi yang dia ada.
Walaupun dia diberitahu terdapat beberapa perkara bahaya di laluan ini tetapi dia tidak yakin untuk bergantung dengan maklumat sumber kedua.
Mungkin orang yang membocorkan maklumat itu sebenarnya ingin menutup sesuatu atau mungkin disebabkan oleh perubahan sejarah di dunia ini menyebabkan kesan rama-rama terjadi atau mungkin disebabkan benda yang lain.
Oleh itu dia perlu berhati-hati.
Mereka berjalan antara kawasan ke-2 dan ke-3 menghala ke gunung tinggi yang terletak di timur.
Ivan juga mempunyai ekspresi berhati-hati.
Marvin sangat jarang melihat Ivan seperti ini.
Biasanya lelaki ini akan nampak seperti malas dan tidak mengambil apa-apa perkara dengan serius.