Chereads / Renjer Malam / Chapter 378 - Lebih Cepat daripada Sangkaan

Chapter 378 - Lebih Cepat daripada Sangkaan

Marvin tidak pernah terfikir yang Misteri Nenek Moyang mungkin diaktifkan di sini.

Benda ini boleh dianggap sebagai item mengunci yang digunakan untuk menyekat kepala Syaitan Perkasa. Selepas dia memakai item ini, kepala Syaitan Perkasa tahu tarafnya dan lelaki tua berjubah hitam tidak lagi muncul sekitar Lembah White River.

Gelang tangan Misteri Nenek Moyang ini pula tidak ada perubahan yang lain.

Tetapi apabila dia masuk ke Taman Rahsia, pergelangan tangan dia menjadi panas.

Ini menyebabkan Marvin terkejut tetapi dia tidak menyemak keadaan Misteri Nenek Moyang yang menjadi pelik dulu. Sebaliknya dia dengan tenang perhatikan keadaan di sekitar.

Pintu Masuk Taman Rahsia terletak di padang hijau yang penuh dengan pelbagai jenis tumbuhan. Sehinggakan tempat laluan juga dikelilingi dengan tumbuhan yang menyenangkan mata dan bau wangi yang terkumpul di udara menyebabkan tempat ini kelihatan sangat cantik dan aman.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS