Binaan Memori Huru-Hara, Slaughterer.
Marvin ingat selepas dia melepaskan diri dari Saruha, Slaughterer akan berlegar-legar sekitar tempat runtuhan.
DIa tidak sangka Slaughterer akan mengejar dia sehingga keluar dari Saruha.
"Mungkinkah dia mengikut tanda yang ditinggalkan kepada aku?"
Hati Marvin umpama jatuh. Kekuatan berlawan Slaughterer sangat tinggi. Dia memang rasa tidak baik apabila dikesan oleh lelaki itu.
"Penceroboh…"
Suara kasar mekanikal itu kelihatan serius.
Slaughterer menatap tajam dan penuh dengan niat membunuh. Tangan dia juga telah bertukar menjadi gergaji mesin elektrik!
"Zzzzz!"
Gergaji mesin itu terus berputar sambil matanya berkelip-kelip dengan sinaran merah yang menakutkan. "Penceroboh… Mati!"
Tiga adik-beradik ini berkerut.
Jessica melihat kepada Marvin. "Kawan?"
Marvin menggelengkan kepalanya.
"Musuh?"
Marvin mengangguk dengan tegas.