Semua orang masih terkejut apabila Naga Tembaga melihat Marvin dengan teliti.
Mereka sebenarnya berfikir yang Naga ini muncul disebabkan oleh [Tangisan Langit].
Ini kerana itu ialah Senjata Divine yang membuatkan Bangsa Naga takut.
Robin yang merupakan pemilik ia pasti akan diserang oleh Naga.
Walaupun begitu, nampaknya mereka telah silap teka. Tekaan mereka memang jauh dari sasaran!
Robin ini seperti mempunyai hubungan yang baik dengan Naga Tembaga.
"Siapa lelaki itu sebenarnya! Kenapa langsung tiada cerita tentang dia sebelum ini?"
"Betul. Dia seperti muncul dari entah mana. Dia telah membunuh Clarke dengan tangan kosong dan juga dapat Titan Mekanikal dari Saruha. Sekarang pula nampak gaya dia berkawan dengan Naga Tembaga."
Mereka semua berasa kagum dengan dia.
Peperangan ini boleh dianggap sudah tamat disebabkan Naga Hitam melepaskan diri.